Kemenangan 1-0 menewaskan Kuching FA dalam aksi pusingan 16 TM Piala Malaysia semalam menjadi satu kenangan manis buat pemain muda Johor Darul Ta’zim (JDT), Arif Aiman. Jaringan tersebut merupakan gol peribadi pertama beliau sejak diserap dalam skuad utama JDT.

Arif Aiman juga turut mencatat nama dalam senarai penjaring-penjaring gol JDT. Beliau adalah penjaring JDT yang ke 62 setakat ini.

Dalam perlawanan itu, Arif menjadi penjaring tunggal malam itu dan seterusnya melayakkan diri ke peringkat suku akhir TM Piala Malaysia.

Perlawanan tersebut merupakan pertama kali disenarai dalam barisan utama JDT dan penampilan ketiga beliau. Sebelum itu pada 14 Mac 2020 di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri, Arif Aiman telah membuat penampilan pertama bersama skuad utama JDT dalam saingan Liga Super pada usia 17 tahun.

Penampilan kedua Arif adalah dalam saingan Liga Super menentang Melaka United. Kedua-duanya sebagai pemain gantian.

Baca juga : Peluang Arif Selepas Ini

Gol Arif Aiman itu turut mencipta rekod penjaring gol skuad utama JDT termuda pada usia 18 tahun 6 bulan.

Tonton kemahiran dan jaringan Arif Aiman dalam perlawanan menentang Felda United (Liga Super) dan Kuching FA (Piala Malaysia).

Arif Aiman (JDT vs Felda United)
Arif Aiman (JDT vs Kuching FA)

Baca juga : Arif Aiman Buat JDT Ceria

Foto : The Photoshooterz