Benjamin Mora telah berjanji kepada peminat JDT bahawa mereka akan melihat lebih banyak Arif Aiman yang hebat dalam permainan akan datang setelah aksi beliau yang memberangsangkan pada permulaan pertamanya.

Johor Darul Ta’zim (JDT) tidak memulakan saingan mempertahankan kejuaraan Piala Malaysia dengan begitu serious namun telah melakukan tanggungjawab mereka dengan mudah mengawal permainan dan menyingkirkan Kuching FA 1-0 dalam perlawanan pusingan 16 malam tadi. 

Kemenangan tersebut melayakkan JDT mara ke peringkat suku akhir menentang satu lagi pasukan Liga Perdana di Kuala Lumpur.

Arif Aiman dianggap sebagai sebuah permata melalui perlawanan tersebut telah muncul. Beliau berjaya menjaringkan satu-satunya gol perlawanan pada babak pertama, menjadi penjaring gol termuda JDT dan memberikan satu persembahan yang meyakinkan sepanjang 68 minit penampilan beliau.

Ia bermula dari penampilan pertama Arif Aiman pada perlawanan menentang Felda United dalam saingan Liga Super Malaysia pada Sabtu, 14 Mac 2020 pada usia 17 tahun.

Ketua jurulatih Mora sangat gembira dengan apa yang telah ditunjukkan oleh pemain muda itu dan telah berjanji untuk memberikan lebih banyak masa permainan akan datang kepada pemain antarabangsa Malaysia Bawah 19 tahun itu. 

Ini kerana seluruh kelab percaya bahawa Arif mempunyai apa yang diperlukan untuk mencapai tahap yang lebih tinggi.

Artikel Asal : goal.com

Foto : The Photoshooterz