Dalam kita tidak sedar, malam ini akan bermulanya cabaran TM Piala Malaysia 2020. Johor Darul Ta’zim (JDT) dijadualkan bertemu dengan Kuching FA.
JDT perlu berwaspada dengan corak permainan Kuching FA yang merupakan pendatang baharu dalam saingan Piala Malaysia, apabila kedua-dua pasukan itu bertembung pada dalam Pusingan 16 kalah mati di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin, malam ini.
JDT pernah menewaskan kelab dari Sarawak itu 4-0 dalam aksi pra-musim di Stadium Sultan Ibrahim dalam perlawanan persahabatan tertutup, 11 Januari lalu. Namun ckemenangan itu tidak boleh dijadikan ukuran memandangkan pasukan dari Borneo itu masih membuat persiapan mengharungi kempen Liga Perdana.
Apa yang pang pasti adalah skuad kendalian Benjamin Mora akan turun dengan barisan terkuat untuk memastikan langkah ke suku akhir itu berjaya dilaksanakan sebelum mereka berangkat ke Qatar 14 November ini. JDT akan mengharungi kempen Liga Juara-Juara Asia (ACL) Zon Timur yang bermula pada 18 November hingga 13 Disember ini.
Benjamin Mora turut sentiasa mengingatkan barisan pemain betapa setiap perlawanan yang diharungi bukanlah tugas mudah kerana pasukan yang turun menentang juara bertahan Piala Malaysia itu akan beraksi dengan bermati-matian.
“Setiap perlawanan yang kami harungi sentiasa sukar. Tidak kira pasukan itu kuat atau tidak, kam! tetap akan berwaspada dan memberi persembahan terbaik untuk capai kemenangan,” kata Mora.
Walaupun JDT berdepan pasukan yang pernah beraksi di Liga Rakyat, empat tahun namun kekuatan Kuching FA yang dibarisi tiga pemain import tidak boleh dipandang rendah.
Posisi sayap kanan bakal diisi pemain muda, Ramadhan Saifullah Usman dan posisi sayap kiri akan diperkuatkan oleh Gonzalo Cabrera dan penyerang Diogo Luis Santo akan mengetuai barisan serangan. Ini setelah ketiadaan Safawi Rasid yang kini bersama kelab Portimonense SC.
Bukan sahaja kemenangan diburu skuad Harimau Selatan,
JDT bukan sahaja memburu kemenangan, malah aksi malam ini akan menjadi perlawanan persiapan terakhir bagi mengharungi kempen ACL dan kemenangan bakal meningkatkan lagi momentum permainan.
Artikel Penuh : Berita Harian
Foto : The Photoshooterz