Datuk Jamal Nasir Ismail, bekas pemain kebangsaan mempertahankan tidak salah untuk kelab bola sepak Liga Malaysia menerima suntikan dana daripada kerajaan negeri ketika masih dalam proses awal peralihan kepada penswastaan.

Justeru, beliau kurang bersetuju dengan kenyataan Tunku Ismail Sultan Ibrahim (TMJ), pemilik Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT) yang mendakwa bahawa penswastaan pasukan yang akan bermula musim depan hanya berpura-pura.

Jamal Nasir berkata semua pasukan perlu diberi peluang dan masa untuk berdiri di atas kaki sendiri dan tidak lagi bergantung kepada dana kerajaan dalam tempoh satu atau dua tahun lagi.

Katanya lagi, bukan mudah untuk kelab di negara ini berubah kepada penswastaan secara mengejut dan mendadak kerana perubahan itu memerlukan masa bagi meneruskan kesinambungan liga tempatan.

“Bagi permulaan atau tempoh peralihan ini, saya rasa tak salah pasukan menerima dana kerajaan terutama dengan keadaan COVID-19 dan ekonomi merunc!ng. Tidak banyak orang nak taje, tambahan pula sekarang ini penyokong tak boleh masuk stadium, pasukan tak dapat pendapatan.

“Sekarang pun kelab-kelab sudah bergerak dari persatuan kepada kelab, ia sudah satu langkah yang baik dan selepas ini pasti ada perkara lebih positif supaya dana pasukan datang dari sumber lain, bukan dari kerajaan negeri.

“Kita tak boleh samakan semua pasukan mcm JDT, pendapatan mereka lain. Kalau nak teruskan liga Malaysia ini, kita kena bertegas dan bertolak ansur,” kata Jamal kepada BH Sukan.

Tunku Ismail yang juga Tunku Mahkota Johor (TMJ) semalam menganggap penswastaan bola sepak Malaysia hanyalah perubahan di atas kertas, namun amalan lama masih diteruskan dn pasukan tetap mengharapkan dana kerajaan.

Jamal turut menjelaskan penswastaan pasukan perlu dilihat daripada perspektif lain dan kelab lain tidak boleh dibandingkan dengan JDT.

“Setiap kelab ada cara mereka dan kita bagi masa untuk kelab-kelab menunjukkan bahawa mereka boleh jadi lebih baik daripada JDT. Tak ada pasukan yang nak jadi yang tidak terbaik.

“Mereka mahu tunjukkan mereka ada kemampuan, tapi berilah ruang. Contohnya, nak ada padang latihan atau stadium sendir! memerlukan masa dan belanja yang besar kerana untuk menguruskan pasukan saja perlukan RM20 juta setahun.

Sumber : Berita Harian