Tunku Ismail Sultan Ibrahim, pemilik Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT) mendakwa masih terdapat pasukan Liga Malaysia (Liga M) yang masih bergantung kepada dana daripada kerajaan.

Baginda menganggap tindakan pasukan terbabit bermaksud mereka hanyalah berpura-pura dalam melaksanakan penswastaan.

“Apa yang sedang berlaku dalam industri bola sepak Malaysia bukanlah penswastaan yang sebenar. Ia hanya gambaran di mana perkara yang berubah hanyalah di atas kertas tetapi amalan lama masih diteruskan dan tetap mengharapkan dana dari kerajaan.

“Saya berasa bangga mengemudikan sebuah kelab bola sepak yang tidak bergantung kepada dana kerajaan. Malah, JDT menolak penggunaan dana kerajaan neger! sejak tahun 2013.

“Ia kerana itu adalah wang rakyat dan seharusnya digunakan untuk keperluan lain yang lebih memanfaatkan rakyat, terutama ketika waktu getir seperti pandemik COVID-19 – yang menjejaskan semua lapisan masyarakat,” kata Tunku Ismail melalui Facebook rasmi kelab, JOHOR Southern Tigers.

Semua pasukan dimestikan menswastakan pasukan dengan pasukan yang gagal berbuat demikian tidak boleh beraksi dalam Liga M bermula musim depan.

Setakat ini, Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) meluluskan penswastaan semua pasukan kecuali FELDA United FC dan UKM FC. Kedua-dua pasukan yang gagal dan tidak dibenarkan beraksi dalam Liga M.

TMJ yang juga bekas Presiden FAM membidas segelintir pihak yang sebelum ini mempersendakan tindakan baginda mewujudkan JDT dan menswastakan pasukan itu pada tahun 2013.

“Sekarang JDT sudah pun mencatat pelbagai kejayaan di dalam dan luar padang sementara pasukan lain hanya pd hari ini, tahun 2020 memikirkan mengenai logo baru mereka.

“Saya berbangga kerana JDT mempunyai strategi perniagaan tersendiri termasuk dari sudut komers!l untuk menjana dana dan melabur dalam proj3k jangka panjang dan bukannya hanya menunggu kerajaan negeri untuk membina infrastruktur malah mengeluarkan dana setiap tahun,” katanya.

Sumber : Berita Harian

Foto : The Photoshooterz