Umur hanyalah angka bagi pertahanan Johor Darul Darul Ta’zim (JDT), S. Kunalan ketika dia merancang untuk menjadi seperti Paolo Maldini yang hebat dari Itali.

Maldini, bermain untuk AC Milan sejak bergabung dengan mereka pada usia 16 tahun, bersara pada tahun 2008 ketika berusia 38 tahun.

Bekas kapten AC Milan dan Itali, Paolo Maldini itulah yang menjadi sumber inspirasi buat S. Kunanlan, bek kiri JDT.

Sepanjang kariernya, Maldini membantu AC Milan memenangi Liga Juara-Juara, Piala Super UEFA dan Piala Dunia Kelab FIFA. Dia juga bermain dalam empat Piala Dunia untuk negaranya.

Kunalan, yang berusia 34 tahun pada September lepas,menyaksikan kontraknya diperbaharui awal bulan ini setelah membantu Harimau Selatan merebut gelaran Liga Super buat kali ketujuh berturut-turut.

Pencapaian terbaru mereka (JDT) telah membangkitkan selera untuk memperoleh lebih banyak kejayaan.

Kunanlan telah diberi peluang bermain dalam 5 daripada 11 perlawanan Liga Super musim ini. Walaupun ganya membuat penampilan sebanyak 36 peratus, namun beliau masih diperlukan JDT.

“Saya merasa sangat diberkati dan tentu saja gembira dan bangga, pada masa yang sama diberi kepercayaan untuk terus bersama kelab,” kata Kunalan.

“JDT adalah kelab terbaik di negara ini dan ramai pemain di luar sana menunggu peluang untuk bermain dengan kami.

“Adalah suatu penghormatan besar untuk terus memberi khidmat kepada mereka dan saya berterima kasih kepada Boss (Tunku Ismail Sultan Ibrahim) atas kepercayaannya kepada saya dan saya akan terus memberikan 100% konitmen.”

“Bagi saya umur hanyalah satu angka sahaja. Ambil contoh Maldini. Dia membawa Milan ke trofi Liga Juara-Juara kelima pada usia 37 tahun. 

“Kesungguhannya untuk permainan ini luar biasa dan saya juga mahu mendorong karier saya sejauh mungkin.”

Artikel Penuh di : The Star