Safawi Rasid, bintang Johor Darul Ta’zim (JDT) dan Harimau Malaya, hanya tinggal selangkah sahaja untuk menyarung jersi skuad utama Portimonense FC setelah beliau mempunyai harapan cerah untuk turun beraksi pada perlawanan menentang Santa Clara malam ini.
Portimonense SC dijadualkan bertemu Santa Clara malam ini pukul 11.00 waktu Malaysia di laman sendiri. Portimonense SC ketika ini menduduki tangga ke 16 daripda 18 pasukn dalam Liga Premiera Portugal.
Walaupun senarai nama untuk skuad utama belum diumumkan lagi, namun prestasi membanggakan yang di tampilkan oleh penyerang JDT itu semasa sesi latihan memberi harapan untuk disenaraikan setidak-tidaknya sebagai pemain simpanan.
Ketika dihubungi Arena Metro, Sadawi memaklumkan dia tidak mahu meletakkan harapan tinggi untuk disenaraikan namun segalanya terserah kepada barisan kejurulatihan nanti.
Menurut Safawi, ketika ini dia sudah bersedia jika namanya muncul dalam skuad utama. Malah beliau akan memberikan persembahan terbaik dan sekali gus dapat membanggakan peminat bola sepak tanah air.
“Sudah pasti ramai yang menantikan penampilan pertama saya bersama skuad utama – namun serahkan kepada jurulatih yang lebih tahu bila khidmat saya diperlukan.
“Ketika ini, sesi latihan berjalan lancar dan dapat mengikut corak latihan yang diterapkan oleh pasukan malah satu pengalaman berharga dapat menjalani latihan bersama pema!n yang lebih berpengalaman,” kata Safawi.
Tiada siaran langsung dari Astro Arena untuk perlawanan itu malam ini tidak seperti dua perlawanan Portimonense SC sebelum ini.
Artikel Penuh di : Arena Metro