Juara Liga Super tujuh kali, Johor Darul Ta’zim (JDT) merancang membina sebuah pusat latihan setempat mega bersebelahan Stadium Sultan Ibrahim. Ia jelas membuktikan betapa mereka terus berherak mengorak langkah untuk menjadi ‘gergasi bola sepak.’

Malah, Ketua Perhubungan Kerajaan dan Kemudahan Bolasepak Victoria, Sebastian Hassett mengakui skuad Harimau Selatan (JDT) itu sudah meletakkan standard mereka yang tersendiri bagi bola sepak di rantau in!.

Menerusi ciapannya di Twitter, Sebastian jelas teruja dengan visi pasukan itu yang sentiasa mengutamakan infrastruktur standard dunia dan mengharapkan semua pasukan untuk belajar daripada JDT.

“Tiada alasan, tiada pertelingkahan, mereka hanya terus bergerak ke hadapan. Apabila anda meletakk4n bola sepak sebagai keutamaan, lihatlah apa yang boleh anda capai.

“Pada pandangan saya, mereka meletakkan standard untuk rantau ini. Bravo Tunku Ismail Sultan Ibrahim,” kata Sebastian.

Dalam masa sama, Sebastian turut tidak menolak kewangan sebagai satu satunya faktor yang membantu pasukan itu meraih kejayaan demi kejayaan.

“Selepas bekerja di sekitar bola sepak Malaysia untuk beberapa ketika, semua pihak harus belajar daripada JDT. Ia bukanlah kerana wang semata mata. Ia kerana budaya, mentaliti serta semua benda kecil yang digabungkan.

“Apabila saya memberi nasihat kpd pasukan, itulah panduan yang saya berikan. Kawal perkara kecil dgn betul sejak dari hari pertama,” katanya.

Terdahulu, JDT mengesahkan mereka akan membina pusat latihan baharu untuk menempatkan semua pasukan dari skuad senior hingga ke pasukan akademi JDT. Ia akan berada bersebelahan dengan stadium ikonik itu.

Pusat latihan baharu ini turut mempunyai padang bola sepak ‘indoor’ bersaiz penuh dan menyaksikan setiap pasukan JDT mempunyai dua padang latihan dan kemudahan yang serba canggih.

Artikel Penuh di : Berita Harian

Foto : The Photoshooterz