Pemilik kelab Johor Darul Takzim (JDT) menegaskan, JDT akan memberi fokus menghadapi Piala Malaysia, dan menyiapkan pasukan menyambut musim 2021.
Pertembungan jadual pertandingan antara kejuaraan domestik dan Asia membuat JDT berada di persimpangan. Kelab gergasi Malaysia ini akhirnya memutuskan melepas baki pertandingan di Liga Juara-Juara AFC (ACL) 2020.
Pengurusan JDT memutuskan untuk menyiapkan dua pasukan menghadapi Piala Malaysia dan ACL. Piala Malaysia dijanhkakan bermula 6 hingga 22 November ini. Sedangkan lanjutan ACL di Qatar bakal dimulakan pada 19 November.
JDT saat ini berada di kedudukan tempat kedua Kumpulan G dengan mengutip tiga mata hasil dari dua perlawanan. Vissel Kobe pula mengumpulkan enam mata kini berada di tangga teratas.
JDT memenangi satu perlawanan menewaskan Suwon Samsung Bluewings yang kini berada di tangga terbawah. Sementara Guangzhou Evergrande belum memulakan sebarang perlawanan.
“JDT akan menurunkan pasukan yang berlainan masing-masing untuk ACL dan Piala Malaysia disebabkan oleh pertembungan jadual,” kata Tunku Ismail.
“Pasukan ini tidak akan terlalu bagus atau terlalu lemah. Kami akan memiliki keseimbangan yang baik di Qatar. Alasan di balik ini adalah kerana kami tidak ingin membebani para pemain (terutama para pemain tetap) dengan membuat mereka bermain di kedua kejuaraan.
“Pemain saya bukan robot. Mereka perlukan masa rehat yang cukup untuk persiapan musim depan.
Foto : The Photoshooterz