Pemain pertahanan Harimau Malaya, Adam Nor Azlin berazam menempah tempat dalam kesebelasan utama Johor Darul Ta’zim (JDT) dan sekali gus membantu JDT terus meraih pelbagai kejuaraan pada musim akan datang.

Adam yang baru-baru ini telah menandatangani kontrak lanjutan selama 2 tahun akan kekal di JDT sehingga 2022, sedia meningkatkan prestasi semasanya bagi menarik perhatian dan kepercayaan Benjamin Mora, pengendali dan Ketua Jurulatih JDT.

Adam, 24 tahun, hanya diturunkan sebagai pemain gantian dalam empat daripada 11 perlawanan Liga Super musim ini yang menyaksikan JDT berjaya mempertahankan kejuaraan Liga Super buat kali ketujuh berturut-turut.

“Insya-Allah dalam tempoh dua tahun ini sudah tiba masa untuk saya kembalikan prestasi asal saya. Saya tidak sabar ingin buktikan aksi terbaik dalam musim depan sekali gus mendapat tempat dalam kesebelasan utama.

“Disebabkan kurang minit permainan tahun ini mungkin saya perlu perbaiki dan tingkatkan kembali aspek berka!tan bagi mendapatkan kepercayaan jurulatih dan diberikan lebih minit bermain dalam musim mendatang,” kata Adam.

Memiliki ketinggian yang ideal, Adam mempunyai keupayaan menjaringkan gol melalui tandukan ketika sepakan percuma atau sepakan sudut. Beliu juga berpengalaman beraksi sebagai penyerang serta memiliki kekuatan kaki untuk membuat rembatan.

Adam bersaing bersama tiga pemain berpengalaman di JDT – ketua pasukan Mohamad Aidil Zafuan Abd Radzak, Mohamad Fadhli Mohd Shas dan pemain import dari Brazil Mauric!o dos Santos di bahagian pertahanan tengah pasukan.

Adam berkata setiap pemain perlu menggunakan sepenuhnya peluang diberikan tak mengira ketika sesi latihan atau perlawanan sebenar untuk membuktikan kemampuan dan meraih kepercayaan jurulatih.

“Bagi saya pemilihan yang akan dilakukan jurulatih adalah satu keputusan yang amat mustahak. Apa yang penting bagi pemain ialah jika diberi peluang, jadikan ia sebagai mot!vasi untuk berikan serta pamerkan aksi terbaik dalam setiap perlawanan,” kata Adam.

Pemilik JDT Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim sebelum ini mengesahkan JDT akan menghantar pasukan yang seimbang bagi penyertaan dalam saingan Piala Malaysia dan Liga Juara-Juara Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) yang bertind!h bermula bulan depan.

Ia merupakan peluang terbaik buat Adam Nor Azlin yang sudah pasti akan mencerahkan peluang beliau tersenarai dalam kesebelasan utama JDT nanti.

Artikel Penuh : Bernama