Irfan Bakti, jurulatih tempatan berpengalaman menyenaraikan kesebelasan utama dari bintang Liga Super yang diyakini boleh menundukkan pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT).

Pemain-pemain tersebut mengikut Irfan melalui laporan akhbar Berita Harian mempunyai kualiti tersendiri yang boleh menghalang JDT dari bermaharajalela.

Penguasaan JDT dalam kancah bola sepak tempatan tidak dapat disangkal lagi selepas JDT sekali lagi merangkul juara Liga Super buat kali ketujuh berturut-turut. 

Resepi kejayaan Benjamin Mora bukanlah satu rahsia kerana JDT dibarisi oleh penain tempatan dan import berkelas ‘A’ .

Hanya satu pasukan yang menghimpunkan pemain terbaik daripada 11 pasukan Liga Super boleh memberi cabaran terhadap skuad Harimau Selatan itu. 

Namun, ia bukanlah satu perkara yang mudah untuk mencari pemain sedemikian memandangkan pemain terbaik dan kedua terbaik sudah berada di pasukan ‘Maharaja Liga Super’ itu.

Berikut adalah senarai pemain yang boleh disatukan yang dinamakan sebagai ‘Ultimate Team’. Pemain-pemain itu terdiri dari pasukan Perak (4), Terengganu FC (2), Kedah (2), Pahang (2) dan PJ City (1).

Kesebelasan Ultimate Team :

Penjaga Gol : Rahadiazli Rahalim (TFC)

Pertahanan Kanan : Rizal Ghazali (Kedah)

Pertahanan Tengah : Herold Goulon (Pahang)

Pertahanan Tengah : Shahrul Saad (Perak)

Pertahanan Kiri : Amirul Azhan Aznan (Perak)

Pemain Tengah : Leandro dos Santos (Perak)

Pemain Tengah : Sanjar Shaakhmedov (TFC)

Sayap Kanan : Nik Sharif Haseefy (Pahang)

Sayap Kiri : Shahrel Fikri Md Fauzi (Perak)

Penyerang : Tchetche Kipre (Kedah)

Penyerang : Washington Brandao (PJ City)

Sumber : Berita Harian

Foto : The Photoshooterz