Ramai peminat bola sepak tempatan tertunggu-tungu perlawanan antara Maritimo melawan Portimonense SC sebentar lagi. Kelab baharu Safawi Rasid, penyerang Johor Darul Ta’zim (JDT), Portimonense akan beraksi pda pukul 10.30 malam ini dan disiar secara langsung di Astro.
Portimonense SC akan bertemu Maritimo dalam saingan Liga Premiera malam ini pukul 10.30 di tempat lawan
Namun peminat Safawi agak kecewa apabila Safawi tiada dalam senarai kesebelasan utama Portimonense. Beliu juga tiada dalam senarai pemain simpanan.
Beberapa faktor boleh diambil kira sebab ketiadaan Safawi itu. Antaranya Safawi baru sahaja bermain bersama skuad 23 tahun.
Mungkin masih belum rezeki lagi buat Safawi Rasid. Tidak disenaraikan dalam kesebelasan mahupun simpanan Portimonense.
Safawi bagaimanapun baru sahaja bermain dalam kesebelasan utama skuad bawah 23 tahun semalam dalam Liga Revelacao 23 di mana Portimonense tewas 1-3 di tangan Sporting.
Safawi baru sahaja seminggu bersama kelab baharu beliau, sudah tentu memerlukan sedikit masa lagi dan dalam proses penyesuaian cuaca dan permainan dalam Liga di Portugal.
Untuk bermain dalam Liga Premiera memerlukan seorang pemain yang benar-benar sudah bersedia dari pelbagai segi. Penglibatan Safawi dalam kesebelasan utama skuad bawah 23 boleh memantapkan lagi kesesuaian Safawi di sana.
Permainan Safawi dalam Liga Revelacao 23 itu juga sudah pasti menjadi satu ujian buat beliau apabila beliau akan dinilai oleh pnel jurulatih sebelum diserap ke dalam skuad utama Portimonense.
Laporan portal bola sepak Portugal, A Bola melaporkan Safawi, pemain berusia 23 tahun itu menunjukkan prestasi yang cemerlang ketika sesi latihan sekali gus berkemungkinan boleh disenaraikan pada aksi berkenaan selepas ini.
“Safawi Rasid yang dipinjamkan daripada Johor Darul Ta’zim (JDT) mengagumkan pada sesi latihan dan dijangka menjadi antara pertaruhan jurulatih, Paulo Sergio untuk aksi bertemu CS Maritimo di tempat lawan.
“Safawi mula menjalani latihan sejak minggu lalu dan berada dalam rentak yang kompetitif memandangkan dia sudah beraksi dalam liga di negaranya sebelum ini.
“Dia tampak menyesuaikan diri dengan baik dan gigih memburu peluang untuk bersama pasukan,” kata portal bola sepak tempatan itu.