Selepas perpindahan Safawi Rasid, penyerang Johor Darul Ta’zim (JDT) ke kelab baharunya, Portimonense SC, ramai kalangan peninat bola sepak tanah air khususnya penyokong JDT tertunggu-tungu bila beliau akan dapat diturunkan beraksi.
Malam esok, Sabtu pukul 10.30 malam waktu Malaysia, Portimonense SC akan bertemu kelab Maritimo di tempat lawan dalam saingan Liga Priemera perlawanan keempat bagi kedua-dua pasukan.
Safawi Rasid dilihat bergandingan dengan beberapa pemain utama pasukan Portimonense ketika latihan. Ia merupakan satu petanda baik bagi Safawi.
Safawi juga diberikan tanggungjawab untuk mengambil sepakan sudut semasa sesi latihan pasukan dan secara tidak langsung berkemungkinan Safawi akan diturunkan sabtu ini.
Sama-sama kita doakan beliau dapat membuat ‘debut’ bersama Portimonense malam esok.
Perlawanan Portimonense SC vs Maritimo akan disiarkan secara langsung di Astro Arena saluran 801/802 HD jam 10.30 malam esok (Sabtu).