BG Pathum United FC , pasukan Liga Satu Thailand, dilaporkan berminat untuk mendapatkan khidmat Diogo Luis Santo, penyerang Johor Darul Ta’zim (JDT).

Pendahulu Liga Satu Thailand itu sedia menawarkan gaji lumayan kepada pemain berusia 33 tahun dari Brazil itu yang telah mempamerkan prestasi cemerlang semasa mewakili satu lagi kelab dari Thailand, Buriram United sebelum menyertai JDT. Berita itu menurut beberapa laporan media sosial di Thailand, 

Sementara itu, jurucakap JDT ketika dihubungi wartawan Bernama berkata: “Saya tidak dapat memberikan sebarang komen mengenai perkara ini kerana pihak pengurusan akan membuat keputusan mengenai masa depan Diogo.

“Sebarang pertukaran pemain akan dimaklumkan melalui laman media sosial kami,” kata jurucakap tersebut.

ดิโอโก หลุยส์ ซานโต บรรลุข้อตกลงย้ายร่วมทัพ บีจี ปทุม ยูไนเต็ด ในเลกสอง รอเพียงบินมาตรวจร่างกาย และเซ็นสัญญาเปิดตัวอย่างเป็นทางการ #ไทยลีก #T1 #ฟุตบอลไทย

Posted by บวกสิบ บอลไทย on Wednesday, October 14, 2020

Sepanjang empat tahun bersama Buriram United dari 2015-2018, Diogo telah membantu kelab itu merangkul empat trofi pada 2015 (muncul juara Liga Satu Thailand, Piala FA Thailand, Piala Juara-juara Thailand dan Kejuaraan Kelab Mekong).

Pada tahun berikutnya, 2016, Diogo turut membantu Buriram United mengekalkan juara Liga Satu Thailand, Piala Juara-juara Thailand dan Kejuaraan Kelab Mekong.

Kini tiga pemain Malaysia turut beraksi dalam Liga Satu Thailand iaitu Norshahrul Idlan Talaha (BG Pathum United FC) serta Dominic Tan Jun Jin dan Mohamadou Sumareh (Police Tero FC).

Menariknya, sekiranya berita ini menjadi kenyataan, siapakah pemain import baharu yang akan diambil oleh JDT untuk musim hadapan ? Sekali lagi ia akan menghangatkan suasana sekeliling JDT dan sudah tentu ia akan ditunggu-tunggu oleh penyokong JDT.

Artikel Penuh : BERNAMA

Foto : The Photoshooterz.