Juara Liga Super Johor Darul Ta’zim (JDT) bukan setakat mencipta rekod memenangi kejuaraan loga buat kali ke tujuh berturut-turut, malah menamatkan kempen musim ini tanpa sebarang kekalahan.

Menariknya kejayaan bersejarah itu bukan kali pertama dillakar Harimau Selatan, sebaliknya anak buah Benjamin Mora pernah melakukannya empat tahun yang lepas pada 2016.

Meskipun rekod tanpa kalah yang dilkar musim ini dianggap tidak ‘sempurna’ selepas saingan liga hnya berlangsung satu pusingan sahaja, kejayaan itu jelas membuktikan JDT layak digelat ‘Maharaja Liga Super’.

Lebih manis, mereka turut menyamai pencapaian pasa 2016 yang menyaksikan mereka ‘menyambar’ semua rekod musim ini. 

Ini termasuk JDT gah muncul sebagai jentera serangan paling berbisa dan pertahanan paling ampuh yg membantu mereka muncul pasukan meraih kemenangan terbanyak musim ini.

Mereka berjaya meledah 38 gol selepas 11 perlawanan selain hanya dibolosi 8 kali sepanjng musim ini dan menang 9 perlawanan untuk menghimpun 29 mata sekaligus menyamai pencapaian 2016 yang menyaksikan mereka turut menjadi pasukan terbanyak meledak gol dan paling sedikit dibolosi. 

Sebagai perbandingan, pasukan kedua paling banyak menjaringkan gol dalam 11 perlawanan Liga Super adalah Seangor dengan 26 gol manakala pasukan kedua yang kurang dibolosi adalah Kedah dengan 11 gol namun mereka masih perlu berdepan baki 1 perlawanan lagi.

“Sebagai juara, sudah tentu kami mahu menamatkan musim ini dengan kemenangan tetapi fikiran kami mungkin sedikit terganggu kerana sudah muncul juara dan tiada apa lagi mahu dikejar.

“Tetapi di JDT, kami bukan setakat mahu menang semata-mata kerana kami mahu mencipta sejarah. JDT bukanlah hanya satu pemain tetapi apa yang penting usaha secara kolektif yang ditunjukkan pasukan.” kata Mora.

Artikel Penuh : Berita Harian

Foto : The Photoshooterz dan Berita Harian