Harapan untuk melihat baki aksi Liga Juara-Juara Asia 2020 (ACL) Zon Timur berlangsung di Malaysia tidak kesampaian. Ini berikutan Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) memilih Doha, Qatar sebagai venue pertandingan.

Saingan ACL terpaksa ditangguhkan Mac lalu kerana pandemik Covid-19. Ia akan disambung semula pada 18 November hingga 13 Disember ini dengan wakil tunggal negara, Johor Darul Ta’zim (JDT) bakal terbang ke negara Asia Barat itu.

Setiausaha Agung AFC, Datuk Windsor Paul John berkata, keputusan itu dicapai selepas pihaknya dan Persatuan Bola Sepak Qatar (QFA) mencapai kata persetujuan untuk menjadikan Qatar sebagai lokasi menghabiskan baki saingan ACL itu.

JDT yang beraksi dalam Kumpulan G kini berada di tangga kedua selepas melakar satu kemenangan dan sekali tewas dengan mengumpul tiga mata di belakang pendahulu kelab dari Jepun, Vissel Kobe yang mengutip enam mata.

Namun Gungzhou Evergrande dari China masih belum beraksi sebarang permainan. Dua pasukan teratas layak ke pusingan 16. 

Selain skuad JDT dan Vissel Kobe, dua lagi kelab iaitu Guangzhou Evegrande dari China serta kelab Korea Selatan, Suwon Samsung Bluewings turut melengkapkan persaingan sengit kumpulan itu.

Datuk Windsor berkata, pemilihan Qatar adalah tepat selepas pihaknya berpuas hati dengan kelancaran aksi ACL bagi Zon Barat yang dilangsungkan sebelum ini tanpa sebarang masalah terutamanya Covid-19.

“Kami sangat berterima kasih atas sokongan luar biasa dari QFA dan gembira dengan kejayaan Liga Juara-Juara AFC (Zon Barat) berlangsung dengan jayanya.

Foto : The Photoshooterz