Safawi Rasid, penyerang kelab Johor Darul Ta’zim (JDT) berazam dan sedia memberi yang terbaik untuk mencipta nama di Eropah. Begitulah kata Safawi dalam sidang media memperkenalkan pemain baharu kelab Portimonense SC.
Termaktub dan rasmi sudah penyertaan beliau bersama kelab itu. Ia turut dihadiri bersama Pengerusi Portimonense, Rodiney Sampaio.
Dalam sesi tersebut, Safawi juga mengakui sudah tidak sabar untuk menampilkan kebolehannya.
Safawi Rasid juga akan memakai jersi bernombor 29 seperti yang digunakan ketika di JDT sebelum ini sempat memperagakan skill individunya selepas sesi itu.
Safawi akan berada bersama Portimonense sehingga akhir musim Liga Premeira. Namun jika beliau beraksi dengan cemerlang, beliau akan ditawarkan kontrak bersama kelab itu.
“Saya akan melakukan yang terbaik untuk Kelab Portimonense dan saya sudah tidak sabar lagi untuk beraksi. Saya harap saya mampu memberikan sesuatu untuk kelab ini.
“Saya tahu ada banyak pemain Portimonense berhijrah ke kelab-kelab besar seperti Tabata dan Syoya Nakajima jadi saya hadir ke sini untuk memberikan segala pengalaman dan kemahiran yang ada dan saya akan menunjukkan segalanya seperti Tabata dan Nakajima.
“Saya boleh bermain di bahagian serangan. Saya juga boleh bermain sebagai penyerang utama. Mana-mana bahagian serangan, saya boleh bermain.” kata Safawi dalam sesi memperkenal pemain.