Pemain tengah Johor Darul Ta’zim (JDT), Hariss Harun mula menyarung jersi JDT pada tahun 2014. Berbagai kejayaan beliau bersama JDT termasuk menjadi kapten buat seketika.
Namun sejak awal musim ini beliau hanya muncul sekali sepanjang Liga Super itu. Penampilan itu adalah dalam perlawanan merebut Piala Sumbangsih bertemu Kedah.
Selepas itu Hariss turut membuat penampilan penuh masa dalam saingan Liga Juara-Juara AFC (ACL) pada 20 Februari lepas di mana JDT tewas 1-5 di tangan Vissel Kobe.
Ini bermakna Hariss Harun hanya membuat dua penampilan pada tahun ini. Ketiadaan beliau sehingga kini menjadi tanda tanya penyokong JDT. Adakah beliau ditimpa kecederaan yang panjang atau prestasinya yang menurun atau juga berkemungkinan pengurusan JDT lebih kepada menampilkan muka-muka baharu.
Ketiadaan Hariss hampir-hampir terjawab apabila baru-baru ini menerusi laman media sosial Facebook miliknya, beliau telah memuat naik satu gambar dengan menggunakan caption ITS TIME #nextmove. Ia sekaligus memberi bayangan beliau bakal berhijrah ke pasukan lain musim hadapan.
Atau pun next move itu membawa maksud JDT mahu bergerak lebih ke hadapan dalam kejuaraan lain seperti ACL 2020 serta Piala Malaysia atau Piala FA.
Apa pun ramai kalangan kita lihat ia memberi bayangan seolah-olah beliau mahu meninggalkan pasukan yang baru sahaja mengesahkan kejuaraan Liga Super ketujuh berturut-turut itu.