Pemergian Safawi ke Portugal telah disahkan setelah Harimau Selatan melengkapkan gelaran Liga Super Malaysia ketujuh berturut-turut dengan kemenangan 4-1 ke atas Sabah pada hari Jumaat.

Pemain antarabangsa Malaysia berusia 23 tahun itu menjaringkan dua gol dalam perlawanan tersebut malam tadi.

“JDT ingin mengucapkan yang terbaik kepada Safawi Rasid ketika dia berangkat ke pasukan Liga Perdana Portugal, Portimonense SC malam ini.

“Safawi telah menjadi pemain yang sangat baik dan cemerlang bagi Harimau Selatan sejak debutnya pada 27 Januari 2017. Pemain berusia 23 tahun itu telah membuat 101 penampilan untuk JDT, mencatat 47 gol dan 18 assist.

“Safawi telah memenangi empat gelaran Liga Super Malaysia, dua Piala Malaysia dan tiga Piala Sumbangsih dengan Harimau Selatan,” siaran pasukan Johor di media sosial.

Kelab baru Safawi, yang memulakan kempen Liga Perdana 2020 mereka dengan satu seri dan satu kekalahan, menghadapi Sporting pada pagi Isnin (waktu Malaysia) yang akan disiar secara langsung di Astro Supersport 2 (CH812 HD).

Artikel Penuh : Stadium Astro

Foto : The Photoshooterz