Malam penuh bersejarah buat kelab Johor Darul Ta’zim (JDT) setelah berjaya menundukkan pasukan Sabah 4-1 sebentar tadi di Stadium Sultan Ibrahim.
Kemenangan malam ini memecahkan rekod sendiri dengan menjuarai Liga Super Malaysia musim ini buat kali ketujuh berturut-turut sejak 2014.
Sejak penjenamaan baru, JDT hanya tidak menjuarai Liga Super pada musim pertama mereka pada 2013. Selepas itu pasa musim berikutnya tanpa menoleh ke belakang, JDT kekal menjadi kuasa besar bola sepak tanah air yang entah bila ada pasukan lain yang boleh menggugat JDT.
Dengan menewaskan Sabah, JDT menambah 3 mata penuh di laman sendiri. Sebelum permulaan, JDT hanya memerlukan kedudukan seri untuk meduduki takhta tanpa boleh dipintas mana-mana pasukan lain. Kini JDT berjaya mengutip 26 mata dan mempunyai satu lagi perlawanan terakhir menentang Melaka United pasa 10 Oktober ini.
Tahniah JDT. 7 musim menjuarai Liga Super adalah satu pencapaian yang menakjubkan dan gemilang yang sukar atau mustahil dapat dijejakiboleh pasukan lain.
Empat jaringan JDT dihasilkan oleh Diogo Santo (38’), Safawi Rasid (56’, 81’) dan Leandro Velazquez (84’).
Barisan JDT : Farizal Marlias, Matthew Davies, Afiq Fazail, Aidil Zafuan (C), Diogo Luís Santo, Gonzalo Cabrera, Leandro Sebastián Velázquez, La’Vere Corbin-Ong, Safawi Rasid, Natxo Insa, Maurício dos Santos Nascimento
Simpanan : Izham Tarmizi, Adam Nor Azlin, Syamer Kutty Abba, Hazwan Bakri, Ramadhan Saifullah Usman, Akhyar Rashid, Nazmi Faiz, Syafiq Ahmad, Feroz Baharudin
Foto : The Photoshooterz