Para penyokong Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT) berpeluang bersama-sama hadir ke acara ‘viewing party’ secara penjarakan sosial dari dalam kereta pada Jumaat ini di Stadium Sultan Ibrahim.
Meteka yang ingin boleh berbuat demikian dengan mengambil Pas Kereta percuma serta memberi maklumat pendaftaran kenderaan di Gate B Stadium Sultan Ibrahim bermula 12 tengah hari ini.
Ia sedang bermula sekarang. Jangan lepaskan peluang keemasan ini.
1,500 Pas Kereta sahaja akan disediakan dengan konsep siapa cepat dia dapat sehingga jam 8 malam hari ini dan dari 9 pagi hingga 8 malam pada hari Khamis.
Hanya kereta berdaftar dengan Pas Kereta sahaja dibenarkan masuk ke perkarangan Stadium Sultan Ibrahim untuk ‘viewing party’ ini sahaja.
Penyokong yang berjaya akan dapat menyaksikan siaran langsung perlawanan JDT menentang Sabah di skrin gergasi diikuti gimik selepas perlawanan termasuk ‘extended reality’ dan pertunjukan bunga api.
Pada malam tersebut, Jumaat, 2 Oktober 2020, JDT akan bertemu pasukan Sabah bagi perlawanan ke 11 Liga Super 2020. JDT hanya memerlukan seri atau satu mata sahaja lagi untuk menjulang kejuaraan Liga Super musim ini. Ia juga akan merupakan kejuaraan ketujuh berturut-turut JDT sejak 2014.
Sumber : JOHOR Southern Tigers
Foto : The Photoshooterz.
Kutipan Pas Kereta :
Hari : Rabu dan Khamis
Tarikh : 30/09 dan 01/10
Masa : 9.00 am hingga 8.00 pm
Tempat : Gate B Stadium Sultan Ibrahim