Ia mungkin kenyataan yang pahit untuk ditelan penyokong Selangor, namun B. Sathianathan percaya, berjaya pulang bersama satu mata dalam kunjungan ke Johor Darul Ta’zim (JDT) esok sudah dianggap ‘bonus’.

Malah pengendali Red Giants itu menegaskan, amat mustahil buat mana-mana pasukan menghalang Harimau Selatan daripada dinobat sebagai juara Liga Super kali ketujuh berturut-turut biarpun saingan masih berbaki empat perlawanan.

Kata Satianathan, pertemuan menentang JDT tidak mudah kerana realitinya mereka pasukan yang hampir sempurna dan terlalu konsisten.

Bagaimanapun kata bekas Ketua Jurulatih Malaysia itu, dalam bola sepak apa sahaja boleh berlaku dan paling pen­ting Selangor perlu turun de­ngan mentaliti yang kuat.

“Realitinya JDT tidak se­nang nak lawan, mereka pasukan pa­ling konsisten dan muncul juara Liga Super enam kali berturut-turut bukan kerana nasib.

“Kalau seri pun sudah dikira bonus…penyokong mungkin tidak suka dengan apa saya cakap ini tetapi inilah realiti,” kata Sathianathan.

Harimau Selatan hanya memerlukan dua lagi kemena­ngan untuk mengesahkan kejuaraan musim ini dan berusaha mengekalkan rekod tanpa kalah.

Sementara itu, Satiantahan mengakui, ketumpulan jentera serangan Selangor juga membimbangkannya dan dia me­ngakui sudah pelbagai usaha dilakukan bagi mengatasi masalah itu semasa sesi latihan.

Katanya, dalam perlawanan sebelum ini, banyak peluang dicipta oleh Selangor tetapi mereka gaga memanfaatkannya.

Red Giants tidak boleh me­ngulangi kesilapan sama apabila berdepan JDT.

“Kita kena cipta peluang sebanyak mungkin tetapi dengan JDT bukan senang, jadi kena manfaat setiap peluang.

“Sebagai pasukan, pemain kena ada mentaliti yang kuat dan buktikan mereka berhak pakai jersi Selangor,” katanya.

Artikel Penuh : Utusan Malaysia

Foto : The Photoshooterz

Pemain Utama JDT : Farizal Marlias, Aidil Zafuan (C), Diogo Luís Santo, Gonzalo Cabrera, S. Kunanlan, Leandro Sebastián Velázquez, Nazmi Faiz, La’Vere Corbin-Ong, Fadhli Shas, Safawi Rasid, Natxo Insa

Simpanan : Izham Tarmizi, Adam Nor Azlin, Afiq Fazail, Syamer Kutty Abba, Hazwan Bakri, Ramadhan Saifullah Usman, Akhyar Rashid, Syafiq Ahmad, Feroz Baharudin