LAPORAN PESAKIT COVID-19 NEGERI JOHOR 03 JUN 2020
Keadaan di Johor mencatat perkembangan yang bertambah baik jika dilihat dari segi kes aktif dan sembuh. Berikut adalah laporan untuk hari ini.
KES POSITIF BARU :
Tiada Kes Baru dilaporkan pada hari ini sehingga 12.00 Tengahari tadi. Jumlah kumulatif kes positif di Johor sehingga kini adalah 676 kes. Kumulatif kes tertinggi masih di Kluang (223 kes) dan Johor Bahru (219 kes).

KES SEMBUH DAN DISCAJ :
Negeri Johor mencatat rekod Kes Sembuh seramai 2 orang pada hari ini. Ini menjadikan jumlah Kes Sembuh setakat ini adalah 648 kes.
KES KEMATIAN :
Tiada Kes Kematian dilaporkan dan ini menjadikan jumlahnya kekal 19 kes keseluruhan. Kes Kematian tertinggi adalah dari Daerah Segamat iaitu 5 kes.