LAPORAN PESAKIT COVID-19 NEGERI JOHOR 01 JUN 2020 

Keadaan di Johor mencatat perkembangan yang bertambah baik jika dilihat dari segi kes aktif dan sembuh. Berikut adalah laporan untuk hari ini.

KES POSITIF BARU :

Tiada Kes Baru dilaporkan pada hari ini sehingga 12.00 Tengahari tadi. Jumlah kumulatif kes positif di Johor sehingga kini adalah 675 kes. Kumulatif kes tertinggi masih di Kluang (223 kes) dan Johor Bahru (218 kes).

KES SEMBUH DAN DISCAJ :

Negeri Johor mencatat rekod Kes Sembuh seramai 7 orang pada hari ini. Ini menjadikan jumlah Kes Sembuh setakat ini adalah 640 kes atau 94.8 %,  

KES KEMATIAN :

Tiada Kes Kematian dilaporkan dan ini menjadikan jumlahnya kekal 19 kes keseluruhan. Kes Kematian tertinggi adalah dari Daerah Segamat iaitu 5 kes. 

KES AKTIF (DALAM RAWATAN) :

Kes Aktif, iaitu yang masih menerima rawatan di hospital pada hari ini adalah 16 orang. Berkurangan 7 kes berbanding semalam (23 kes). Hari ini Kes Aktif berada di bawah paras 50 kes buat hari kelima berturut-turut.

Sebanyak 3 kes, masih berada dalam ICU pada hari ini.

Tahniah kepada Daerah Pontian yang baru diisytiharkan sebagai Zon Hijau pada hari ini selepas Kota Tinggi, Tangkak, Segamat dan Mersing.

2 kluster di Johor telah diisytiharkan tamat iaitu Kluster Bandar Baru Ibrahim Majid (BBIM) dan Kluster Kilang Pasir Gudang.

RINGKASAN (01.06.2020) :

Kes Baru : 0 kes
Kes Kumulatif : 675 kes
Kes Sembuh : 7 kes
Kumulatif Kes Sembuh : 640 kes (94.8 %)
Kes Aktif : 16 kes (2.4 %)
Kumulatif Kes Kematian : 19 kes (2.8 %

Zon Hijau – 86 mukim (88.3 %)
Zon Merah – 0 mukim
1 Kes Aktif – 6 mukim (7.45 %)

Lebih 1 Kes Aktif – 2 Mukim (4.26 %)

[Peratusan diambil kira tambahan 2 pusat kuarantin menjadi 94 mukim.]

8 mukim yang masih ada Kes Aktif adalah :

Bandar Kluang, Sungai Raya, Bakri, Simpang Kanan, Bukit Batu, Bandar Johor Bahru, Tebrau dan Pusat Kuarantin (JB).

Berikut adalah carta perubahan Kes Aktif dalam 3 minggu terakhir sehingga hari ini :