Menurut sumber, kontrak Mohamadou Sumareh, 25 tahun bersama skuad Pahang tiga musim akan berakhir pada penghujung musim ini. seterusnya boleh dan akan memilih haluan berbeza.
Peluang ini terbuka luas untuk Sumareh , pemain sayap ini mencari pasukan barunya. Dilaporkan juga beliau masih belum melanjutkan kontrak beliau bersama dengan pasukan Pahang.
Sumareh, 25, juga difahamkan juga melalui Harian Metro hari ini sudah mengadakan perbincangan dengan pasukan baharu dan kemungkinan bakal mengikut jejak bekas rakan sepasukan, Matthew Davies.
Dipetik dari Harian Metro, “Benda ini (perpindahan ke JDT) dah ramai tahu sebab kontrak dia pun akan habis hujung tahun ini. Perpindahan Davies pada awal musim ini pun sebenarnya sudah dijangka kerana JDT sekarang sedang menstruktur semula pasukan selepas ramai pemain utamanya semakin dimamah usia.”
“Malah, tindakan pemilik JDT (Tunku Ismail Sultan Ibrahim) membalas komen Sumareh di laman sosial juga adalah isyarat seperti mana beliau juga pernah lakukan perkara sama ke atas Davies sebelum penghijrahannya ke skuad Harimau Selatan.”

Sebelum ini kecoh di laman sosial tentang spekulasi perpindahan Sumareh ke JDT. Ini apabila penyokong bola sepak tempatan melihat ‘perbualan’ antara Sumareh dan Tunku Ismail di laman Instagram pemain tersebut.
Namun ramai juga yang menyatakan ianya hanyalah gurau senda di antara mereka berdua.
Tunku Ismail memberikan komen di Instagram Sumareh selepas dia memuat naik jentera mewahnya, Mercedes A-Class Hatchback baru-baru ini.
Tunku Ismail yang kemudian membalas ‘haha’ yang disertakan emoji ‘penumbuk’ dan emoji hati berwarna biru dan merah yang sememangnya signifikan dengan warna skuad Harimau Selatan.
Jika benar perkara ini berlaku, Pahang pastinya akan merasa kehilangan Sumareh pada musim hadapan.
Beliau tentunya pasti sedar di JDT beliau akan berdepan persaingan dengan Safawi Rasid dan Gonzalo Cabrera di posisi sayap.
Sumareh memiliki kepantasan dan kelincahan serta merupakan pemain yang efektif bermain di sayap kanan.
Sumber : Harian Metro