LAPORAN PESAKIT COVID-19 NEGERI JOHOR 29 MEI 2020 :
Keadaan di Johor mencatat perkembangan yang bertambah baik jika dilihat dari segi kes aktif dan sembuh sejak semalam disamping 3 Kes Baru.
KES POSITIF BARU :
3 Kes Baru dilaporkan pada hari ini sehingga 12.00 Tengahari tadi, . 2 kes itu datangnya dari Mukim Tebrau dan 1 dari Pusat Kuarantin (import). Jumlah kumulatif kes positif di Johor sehingga kini adalah 674 kes. Kumulatif kes tertinggi masih di Kluang (223 kes) dan Johor Bahru (217 kes).

KES SEMBUH DAN DISCAJ :
Negeri Johor mencatat rekod Kes Sembuh seramai 4 orang. Ini menjadikan jumlah Kes Sembuh setakat ini adalah 624 kes atau 92.58 %,
KES KEMATIAN :
Tiada Kes Kematian dilaporkan dan ini menjadikan jumlahnya kekal 19 kes keseluruhan. Kes Kematian tertinggi adalah dari Daerah Segamat iaitu 5 kes.
KES AKTIF (DALAM RAWATAN) :
Kes Aktif, iaitu yang masih menerima rawatan di hospital pada hari ini adalah 31 orang. Berkurangan 1 kes berbanding semalam (32 kes). Hari ini Kes Aktif berada di bawah paras 50 kes buat hari ketiga berturut-turut.
Sebanyak 3 kes, masih berada dalam ICU sejak semalam.
Tahniah kepada Daerah Kota Tinggi, Tangkak, Segamat dan Mersing yang telah diisytiharkan sebagai Daerah Zon Hijau.
2 kluster di Johor telah diisytiharkan tamat iaitu Kluster Bandar Baru Ibrahim Majid (BBIM) dan Kluster Kilang Pasir Gudang.
RINGKASAN (29.05.2020) :
Kes Baru : 3 kes
Kes Kumulatif : 674 kes
Kes Sembuh : 4 kes
Kumulatif Kes Sembuh : 624 kes (92.6 %)
Kes Aktif : 31 kes (4.6 %)
Kumulatif Kes Kematian : 19 kes (2.82 %)
Zon Hijau – 83 mukim (88.3 %)
Zon Merah – 0 mukim
1 Kes Aktif – 7 mukim (7.45 %)
Lebih 1 Kes Aktif – 4 Mukim (4.26 %)
[Peratusan diambil kira tambahan 2 pusat kuarantin menjadi 94 mukim.]
11 mukim yang masih ada Kes Aktif adalah :
Ulu Benut, Bandar Kluang, Sungai Raya, Bakri, Simpang Kanan, Bandar Pontian, Sungai Pinggan, Bukit Batu, Plentong, Tebrau dan Pusat Kuarantin (JB).
Berikut adalah carta perubahan Kes Aktif dalam 3 minggu terakhir sehingga hari ini :


