Kemewahan yang dinikmati Safawi ketika ini sebaik-baiknya dapat menjadi satu motivasi kepada pemain muda yang lain dalam usaha meningkatkan prestasi masing-masing. Begitulah pandangan yang diberikan oleh legenda bola sepak Johor, Rizal Sukiman.
“Safawi pemain yang muda tetapi sudah mencapai apa yang dihajatkan.
Rizal menambah, Safawi boleh menjadi model, bukan sahaja kepada pemain muda tetapi kepada remaja seusianya untuk terus bekerja keras dalam bidang yang diceburi terutama bola sepak.
“Apa yang dia dapat ini juga membuktikan bahawa JDT sentiasa menjaga kebajikan pemain. Ia secara tidak langsung memberi kesan positif kepada prestasi pemain,” kata Rizal yang dipetik melalui sukan Berita Harian.
Sememangnya benar pandangan yang diberi oleh Rizal itu. Mana mungkin jika sesebuah pasukan tidak menjaga dan abaikan kebajikan pemain boleh buat seseorang pemain itu seperti Safawi.
Beberapa contoh dapat dililat daripada beberapa pasukan lain yang sering menimbulkan masalah terutama dari sehi gaji penain mereka.
Gaji yang tertunggak mahu pun lewat sedikit sebanyak mempengaruhi prestasi seseorang pemain itu. Permainan dan tumpuan di atas padang akan terganggu.
Ada juga pasukan yang telah diheret ke FIFA kerana gaji yang tertunggak.
Tidak ketinggalan juga teguran dan ingatan dari seorang Pensyarah Kanan Fakulti Sains Sukan dan Rekreasi UiTM Shah Alam, Mohd Sadek Mustaffa kepada Safawi supaya jngan jadi seperti Ronaldinho.
“Bergaya itu tidak salah tetapi perlu beringat juga. Karier bola sepak tidak begitu panjang, jadi sebab itulah ketika dia sedang berada di puncak ketika ini, dia perlu ada rancangan untuk hari tuanya.” kata Mohd Sadeq.
Artikel penuh : Berita Harian : Jangan Jadi Seperti Ronaldinho