LAPORAN PESAKIT COVID-19 NEGERI JOHOR 27 MEI 2020 :
Keadaan di Johor mencatat perkembangan yang bertambah baik sejak semalam disamping tiada Kes Baru pada hari ini.
KES POSITIF BARU :
Tiada pada hari ini dilaporkan pada 12.00 Tengahari, buat 4 hari berturut-turut ini. Jumlah kumulatif kes positif di Johor sehingga kini kekal 671 kes. Kumulatif kes tertinggi masih di Kluang (223 kes) dan Johor Bahru (214 kes).

KES SEMBUH DAN DISCAJ :
Negeri Johor mencatat rekod Kes Sembuh seramai 7 orang. Namun ia tidak menyamai rekos semalam iaitu seramai 30 orang. Ini menjadikan jumlah Kes Sembuh setakat ini adalah 620 kes atau 92.4 %,
KES KEMATIAN :
Tiada Kes Kematian dilaporkan dan ini menjadikan jumlahnya kekal 19 kes keseluruhan. Kes Kematian tertinggi adalah dari Daerah Segamat iaitu 5 kes.
KES AKTIF (DALAM RAWATAN) :
Kes Aktif, iaitu yang masih menerima rawatan di hospital pada hari ini adalah 32 orang. Hari kedua Kes Aktif berada di bawah paras 50 kes.
Sebanyak 3 kes, masih berada dalam ICU, bertambah seoorang dari sebelumnya.
Tahniah kepada Daerah Kota Tinggi, Tangkak, Segamat dan Mersing yang telah diisytiharkan sebagai Daerah Zon Hijau.
2 kluster di Johor telah diisytiharkan tamat iaitu Kluster Bandar Baru Ibrahim Majid (BBIM) dan Kluster Kilang Pasir Gudang.
RINGKASAN (28.05.2020) :
Kes Baru : 0
Kes Kumulatif : 671
Kes Sembuh : 7
Kumulatif Kes Sembuh : 620 (92.4 %)
Kes Aktif : 32 (4.77 %)
Kumulatif Kes Kematian : 19 (2.83 %)
Zon Hijau – 82 mukim (87.23 %)
Zon Merah – 0 mukim
1 Kes Aktif – 8 mukim (8.51 %)
Lebih 1 Kes Aktif – 4 Mukim (4.26 %)
[Peratusan diambil kira tambahan 2 pusat kuarantin menjadi 94 mukim.]
12 mukim yang masih ada Kes Aktif adalah :
Ulu Benut, Bandar Kluang, Sungai Raya, Bakri, Simpang Kanan, Bandar Pontian, Sungai Pinggan, Bandar Kulai, Bukit Batu, Plentong, Tebrau dan Pusat Kuarantin (JB).
Berikut adalah carta perubahan Kes Aktif dalam 3 minggu terakhir sehingga hari ini.


