Menurut laporan Berita Harian hari ini, Porsche merah seperti dalam gambar di akaun Instagram Safawi semalam adalah sememangnya milik beliau. Ia diakui sendiri oleh Safawi.
‘Terima kasih Tunku Mahkota Johor (TMJ)!’
Itulah ucapan Safawi kepada Tunku Ismail Sultan Ibrahim (TMJ) sebagai tanda penghargaan selepas membantu mencapai impiannya memiliki jentera mewah tersebut.
Menurut Safawi, 23 tahun, jentera Porsche itu menjadi sumber inspirasinya untuk terus memberikan persembahan yang terbaik dan konsisten bagi membantu Johor Darul Ta’zim (JDT) merangkul lebih banyak kejuaraan.
“Sememangnya kereta berkenaan milik saya. Alhamdulillah impian memiliki kenderaan terbabit tercapai dalam usia muda.
“Terima kasih diucapkan kepada pemilik pasukan JDT, Tunku Ismail Sultan Ibrahim yang banyak membantu memberi dor0ngan dan semangat untuk terus berjaya.
“Kejayaan yang dikecapi selama ini hasil sokongan semua pihak termasuk keluarga yang sentiasa bersama saya,” katanya.
Berita berkaitan Porsche merah Safawi ini kami telah siarkan semalam dan kini mencapai sebanyak 111,471 sukaan.
Dalam hantaran tersebut, beliau turut mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada pengikutnya.
Hantaran tersebut turut mendapat perhatian Tunku Ismail yang meninggalkan komen beliau.
“Hebat Anak Terengganu. Sentiasa bersyukur dan kerja keras,” kata Tunku Ismail.
Safawi enggan mendedahkan mendedahkan nilai Porsche Cayman itu namun harganya dikatakan sekitar RM515,000 sehingga RM612,000. Ia adalah daripada dua generasi terdahulu. Memasuki pasaran pasaran Malaysia pada 2009.