LAPORAN PESAKIT COVID-19 NEGERI JOHOR 27 MEI 2020 :

Johor mencatat rekod pesakit yang sembuh pada hari ini disamping tiada Kes Baru.

KES POSITIF BARU :

Tiada pada hari ini dilaporkan pada 12.00 Tengahari, buat 3 hari berturut-turut ini. Jumlah kumulatif kes positif di Johor sehingga kini masih 671 kes. Kumulatif kes tertinggi masih di Kluang (223 kes) dan Johor Bahru (214 kes).

KES SEMBUH DAN DISCAJ :

Negeri Johor mencatat rekod Kes Sembuh tertinggi hari ini iaitu seramai 30 orang. Kes Sembuh paling ramai adalah di Daerah Kluang seraia 10 orang diikuti dengan Johor Bahru 8 orang. Ini menjadikan jumlah Kes Sembuh setakat ini adalah 613 kes atau 91.36 %,  

KES KEMATIAN :

Tiada Kes Kematian dilaporkan dan ini menjadikan jumlahnya kekal 19 kes keseluruhan. Kes Kematian tertinggi adalah dari Daerah Segamat iaitu 5 kes. 

KES AKTIF (DALAM RAWATAN) :

Kes Aktif, iaitu yang masih menerima rawatan di hospital berkurangan 30 kes. Jumlah Kes Aktif pada hari ini hanya tinggal 39 kes sahaja. Hari ini adalah hari pertama Kes Aktif berada di bawah paras 50 kes.

Sebanyak 2 kes, masih berada dalam ICU sejak 03 Mei.

Tahniah kepada Daerah Kota Tinggi dan Tangkak yang diisytiharkan hari ini sebagai Daerah Zon Hijau yang ketiga dan keempat selepas Daerah Segamat dan Mersing.

2 kluster di Johor telah diisytiharkan tamat iaitu Kluster Bandar Baru Ibrahim Majid (BBIM) dan Kluster Kilang Pasir Gudang.

RINGKASAN (27.05.2020) :

Kes Baru : 0
Kes Kumulatif : 671
Kes Sembuh : 30
Kumulatif Kes Sembuh : 613 (91.36 %)
Kes Aktif : 39 (5.8 %)
Kumulatif Kes Kematian : 19 (2.83 %) 

Zon Hijau – 81 mukim (86.17 %)
Zon Merah – 0 mukim
1 Kes Aktif – 9 mukim (9.57 %)

Lebih 1 Kes Aktif – 4 Mukim (4.26 %)

[Peratusan diambil kira tambahan 2 pusat kuarantin menjadi 94 mukim.]

13 mukim yang masih ada Kes Aktif adalah :

Ulu Benut, Bandar Kluang, Sungai Raya, Bakri, Bandar Muar, Simpang Kanan, Bandar Pontian, Sungai Pinggan, Bandar Kulai, Bukit Batu, Plentong, Tebrau dan Pusat Kuarantin (JB).