Diogo Luis Santo merupakan seorang penyerang import Johor Darul Ta’zim (JDT) yang dibawa masuk pada tahun lepas, 2019 menyambut ulang tahun kelahirannya semalam. Diogo sudah masuk ke umur 33 tahun namun sentuhannya masih berbisa.

Diogo adalah satu nama besar dalam saingan bola sepak Thailand dan sehingga kini masih ramai yang merindui aksi beliau terutamanya penyokong Buriram United. Beliau cemerlang bersama kelab lama beliau dan kini tiba masanya JDT menggunakan sepenuh kemahirannya untuk menjulang nama JDT hingga ke peringkat Asia.

Pembelian Diogo tidak sia-sia kerana telah menyumbang jaringan sebanyak 20 gol untuk JDT pada musim lepas. 12 daripada gol tersebut adalah dari Liga Super Malaysia.

Beliau juga telah mencipta rekod pasukan JDT dengan menjaringkan gol pertama JDT dalam saingan Liga Juara-Juara AFC (ACL) musim lepas. Namun gol beliau itu tidak mampu membawa kemenangan JDT di tempat lawan. JDT tewas dengan Kashima Antlers di tempat lawan 1-2.

Menariknya Diogo sekali lagi menjaringkan gol kedua JDT dalam ACL pada perlawanan berikutnya di Stadium Larkin apabila seri 1-1 dengan Gyeongnam FC. Ini bermakna dua gol pertama dalam 2 perlawanan pertama JDT dalam ACL hanya dijaringkan oleh Diogo Santo sahaja.

Diogo mempunyai pengalaman dalam ACL sejak tahun 2015 ketika bersama Buriram United dan telah menyumbang 6 gol untuk Bekas pasukannya itu selain dari mencipta hatrik ketika menentang Guangzhou RF pada tahun 2015. JDT menjadi pasukan kedua Diogo beraksi dalam saingan ACL.

Masih ada lagikah jaringan dari Diogo dalam baki 4 perlawanan danam peringkat kumpulan ACL 2020 ini ?

Diogo Luis Santo juga telah mendapat status sebagai pemain termahal dalam Liga Super musim lepas dengan nilai pasarannya ketika itu dianggarkan mencecah £900,000 (RM4.8 juta). Kini mengikut laman sesawang transfermarkt.com hari ini nilainya turun ke £585,000 (RM3.4 juta), namun ia masih yang paling mahal pada usia beliau yang telah menjangkau 33 tahun.

Diogo Luis Santo turut mencatat sebagai penyumbang gol penalti dengan jaringan 4 gol kesemuanya di musim lepas.

Beliau juga telah berkongsi dengan Safawi Rasid sebagai penjaring terbanyak JDT musim lepas.

Kredit Foto : The Photoshooterz