Safawi Rasid, penyerang Kelab Johor Darul Ta’zim (JDT) dan skuad Harimau Malaya, telah memuatnaik gambar di Instagram berdiri di depan kereta mewah. Ianya menimbulkan tanda tanya kepada peminatnya.
Melalui akaun Instagram peribadinya, Safawi mengambil kesempatan mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, maaf zahir dan batin, kepada semua peminat dan pengikutnya. Namun apa yang menjadi dan mencuri tumpuan adalah kereta Porsche bewarna merah yang dipercayai koleksi terbaru miliknya.
Selain ucapan sambutan Aidilfitri Safawi juga memberi pesanan kepada semua peminat agar sentiasa menjaga kesihatan dan diri masing-masing serta keluarga ketika pandemik Covid-19 masih lagi menular di dalam negara.
“SHRMZB (Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin) #kitajagakita #semogaistiqomah,” kata pemain berusia 23 tahun itu, yang baru sahaja menerima anugerah ‘Gol Lencongan Terbaik Liga Juara-Juara AFC’.
Baca juga : Sudah 12 Trofi, Safawi Masih Belum Puas
Gambar berkenaan mendapat sukaan sebanyak 96,739 kali sejak pukul 12 tengahari tadi.
Turut mencuri tumpuan ialah komen daripada pemilik pasukan JDT, Tunku Ismail Sultan Ibrahim di stat6us berkenaan.
“Hebat Anak Terengganu. Sentiasa bersyukur dan kerja keras,” kata Tunku Ismail, diikuti dengan beberapa tanda suka serta komen balas dari beberapa peminat pemain berkenaan.
Baca Lagi : Gol Lencongan Safawi Dibawa Ke PUSKAS ?