LAPORAN PESAKIT COVID-19 NEGERI JOHOR 26 MEI 2020 :
KES POSITIF BARU :
Tiada pada hari ini dilaporkan pada 12.00 Tengahari, dalam 3 hari ini. Jumlah kumulatif kes positif di Johor sehingga kini adalah 671 kes. Kumulatif kes tertinggi masih di Kluang (223 kes) dan Johor Bahru (214 kes).

KES SEMBUH DAN DISCAJ :
Ada 3 sahaja Kes Sembuh hari ini iaitu datangnya dari Kluang, Segamat dan Johor Bahru. Ini menjadikan jumlah Kes Sembuh setakat ini adalah 583 kes atau 86.9 %,
KES KEMATIAN :
Tiada Kes Kematian dilaporkan dan ini menjadikan jumlahnya kekal 19 kes keseluruhan. Kes Kematian tertinggi adalah dari Daerah Segamat iaitu 5 kes.
KES AKTIF (DALAM RAWATAN) :
Kes Aktif, iaitu yang masih menerima rawatan di hospital berkurangan 3 kes. Jumlah Kes Aktif pada hari ini seramai 69 orang.
Kes Aktif berada di bawah paras 100 sejak 22 Mei lepas.
Sebanyak 2 kes, masih berada dalam ICU sejak 03 Mei.

Tahniah kepada Daerah Segamat yang hari ini diisytihar sebagai Daerah Zon Hijau kedua selepas Mersing (sejak 05 Mei).
2 kluster di Johor telah diisytiharkan tamat iaitu Kluster Bandar Baru Ibrahim Majid (BBIM) dan Kluster Kilang Pasir Gudang.
RINGKASAN (26.05.2020) :
Kes Baru : 0
Kes Kumulatif : 671
Kes Sembuh : 3
Kumulatif Kes Sembuh : 583 (86.9 %)
Kes Aktif : 69 (10.3 %)
Kes Kematian : 0
Kumulatif Kes Kematian : 19 (2.83 %)
Zon Hijau – 75 mukim (79.8 %)
Zon Merah – 0 mukim
1 Kes Aktif – 11 mukim (11.7 %)
Lebih 1 Kes Aktif – 8 Mukim (8.5 %)
[Peratusan diambil kira tambahan 2 pusat kuarantin menjadi 94 mukim.]
19 mukim yang masih ada Kes Aktif :
Ulu Benut, Bandar Kluang, Serom, Sungai Raya, Bakri, Bandar Muar, Parit Bakar, Simpang Kanan, Bandar pontian, Serkat, Sungai Pinggan, Senai, Bandar Kulai, Bukit Batu, Plentong, Tebrau, Pusat Kuarantin (JB dan Kota Tinggi dan Bandar Kota Tinggi.