Sarach Yooyen, 27 tahun,  pemain Kebangsaan Thailand, yang sebelum ni heboh dikaitkan dengan perpindahan ke kelab Johor Darul Ta’zim (JDT), kini akhirnya memilih berhijrah ke pasukan Bangkok Glass Pathum United FC (BGPU FC).

Kelab baharu Sarach itu berpangkalan di Bangkok. BGPU FC adalah nama baru bagi Bangkok Glass FC. Sarach sebelum ini beraksi bersama pasukan Muangthong United sejak tahun 2014 lagi.

Menariknya kedua-dua pasukan tersebut pernah bertemu JDT dalam perlawanan kelayakan Liga Juara-Juara AFC (ACL) sebelum ini. 

JDT tewas dengan BGPU FC pada tahun pertama JDT mula berjinak-jinak dengan ACL pada tahun 2015. Ketika itu JDT tidak menurunkan barisan utama mereka dan tewas 0-3 di Stasium Leo. JDT ketika itu di bawah bimbingan jurulatih Bojan Hodak.

Tahun berikutnya, 2016, JDT sekali lagi tewas dengan Muangthong United melalui sepakan penalti setelah seri 0-0 penuh masa perlawanan.

Menariknya perpindahan Sarach itu, beliau akan bergandingan dengan bekas penyetang JDT, Norshahrul Idlan Talaha yang baru menyertai BGPU FC pada awal tahun ini.

Tak mengapalah. Tak dapat bermain untuk JDT, dapat bermain dengan bekas pemain JDT pun jadilah.

Tersebarnya berita rasmi penyertaan Sarach ke BGPU FC ini tamatlah sudah desas desus pemain tersebut ke JDT. 

Semoga Sarach dapat bergandingan dengan baik bersama Mat Yo dan melayakkan diri ke peringkat kumpulan ACL 2021 nanti. BGPU FC kini menduduki tangga ke 4 selepas 4 perlawanan dengan 2 mata di belakang pendahulu Lig 1 Thai, Bangkok United.

JDT pernah menewaskan Bangkok United sebelum layak ke perlawanan play-off ACL pada tahun 2017. Detik manis kemenangan JDT melalui sepakan penalti itu menjadi kenangan manis penulis ketika itu bersama-sama memberi sokongan terjadap JDT.

Namun JDT terpaksa akur dengan kehebatan Gamba Osaka walaupun mempamerkan satu permainan menarik dan meyakinkan.