LAPORAN PESAKIT COVID-19 NEGERI JOHOR :
KES POSITIF BARU :
1 lagi Kes Baru pada hari ini 12.00 Tengahari, Jumlah kumulatif kes positif di Johor sehingga kini adalah 671 kes. Dua hari sejak semalam Kes Baru meningkat 1 kes setiap hari.

KES SEMBUH DAN DISCAJ :
Hanya 1 sahaja Kes Sembuh hari ini iaitu datangnya dari Pusat Kuarantin(import), Johor Bahru. Menjadikan jumlah Kes Sembuh setakat ini adalah 578 kes atau 86.14 %,
KES KEMATIAN :
Tiada Kes Kematian dilaporkan dan ini menjadikan jumlahnya kekal 19 kes keseluruhan. Kes Kematian tertinggi adalah dari Daerah Segamat iaitu 5 kes.
KES AKTIF (DALAM RAWATAN) :
Kes Aktif, iaitu yang masih menerima rawatan di hospital tidak berubah walaupun terdapat 1 Kes Sembuh kerana adanya 1 Kes Baru hari ini. Bilangan Kes Aktif paling tinggi Johor adalah di Daerah Johor Bahru sebanyak 33 kes diikuti dengan Kluang 18 kes.
Kes Aktif berada di bawah paras 100 sejak 22 Mei lepas.
Sebanyak 2 kes, masih berada dalam ICU sejak 03 Mei .
Tahniah kepada Daerah Mersing yang menjadi Zon Hijau pertama di Johor sejak 05 Mei lepas.
2 kluster di Johor telah diisytiharkan tamat iaitu Kluster Bandar Baru Ibrahim Majid (BBIM) dan Kluster Kilang Pasir Gudang.
RINGKASAN (24.05.2020) :
Kes Baru : 1
Kes Kumulatif : 671
Kes Sembuh : 1
Kumulatif Kes Sembuh : 578 (86.14 %)
Kes Aktif : 74 (11.03 %)
Kes Kematian : 0
Kumulatif Kes Kematian : 19 (2.83 %)
Zon Hijau – 73 mukim (77.7 %)
Zon Merah – 0 mukim
1 Kes Aktif – 13 mukim (13.8 %)
[ Peratusan diambil kira tambahan 2 pusat kuarantin menjadi 94 mukim.]
Lebih 1 Kes Aktif – 8 Mukim (8.5 %)
Berikut adalah carta perubahan Kes Aktif setiap mukim 3 minggu terakhir.


