Perkembangan terkini Covid-19 Malaysia pada 22 Mei 2020 telah diumumkan oleh Ketua Pengarah Kementerian Kesihatan Malaysia, Datuk Noor Hisham Abdullah petang tadi pukul 4.30 petang. Laporan penuh boleh diperolehi di kpkesihatan.com

Jabatan Kesihatan Negeri Johor juga turut selari memberikan data Covid-19 terkini sehingga pukul 12.00 tengahari tadi.

LAPORAN PESAKIT COVID-19 NEGERI JOHOR :

KES POSITIF BARU :

Tiada Kes Baru pada 20 Mei sehingga 12.00 Tengahari, Jumlah kumulatif kes positif di Johor sehingga kini adalah 669 kes. Kes positif di Johor merupakan 9.37 peratus daripada kes keseluruhan di peringkat negara (7,137 kes).

KES SEMBUH DAN DISCAJ :

Hari ini merekodkan 17 lagi kes discaj dan dibenar pulang. Ia adalah antara yang paling ramai menyamai rekod pada 4 Mei lepas. Jumlah kumulatif kes pesakit yang telah sembuh dan discaj sehingga hari ini adalah 563 kes (84.16 % darpada kes di Johor). Bertambah sebanyak 2.56 peratus hari ini. 

KES KEMATIAN :

Tiada Kes Kematian dilaporkan dan ini menjadikan jumlahnya kekal 19 kes keseluruhan. Kes Kematian tertinggi adalah dari Daerah Segamat iaitu 5 kes. 

KES AKTIF (DALAM RAWATAN) :

Kes Aktif, iaitu yang masih menerima rawatan di hospital adalah 87 kes, kurang 17 kes berbanding semalam (104 kes). Bilangan Kes Aktif paling tinggi Johor adalah di Daerah Johor Bahru sebanyak 34 kes diikuti dengan Kluang 28 kes. 

Buat pertama kali hari ini jumlah Kes Aktif berada di bawah paras 100.

Sebanyak 2 kes, masih berada dalam ICU sejak 03 Mei .

ANTARA PERUBAHAN KES-KES DI JOHOR HARI INI :

1 KLUANG :

Mukim Niyor diisytihar sebagai Zon Hijau setelah seorang pesakit dibenar keluar. Daerah Kluang masih mempunyai Kes Aktif sebanyak 28 kes.

2 BATU PAHAT :

Mukim Simpang Kanan merupakan satu-satunya mukim di Batu Pahat yang mempunyai Kes Aktif. Hanya 1 kes sahaja yang tinggal di Batu Pahat iaitu di mukim ini.

3 PONTIAN :

Di Pontian, 2 mukim telah bebas penyakit adapabila Mukim Benut dan Mukim Api-Api tiada lagi Kes Aktif. Kini yang tinggal hanya 3 orang pesakit yang masih dirawat di Pontian.

4 KULAI :

Manakala di Daerah Kulai, 2 orang telah sembuh di Mukim Bandar Kulai dan kini hanya tinggal seorang sahaja. Baki yang tinggal Kes Aktif di daerah ini adalah seramai 7 orang.

5 JOHOR BAHRU :

Pusat Kuarantin (import) menyaksikan paling ramai dibenar pulang iaitu seramai 11 orang. Daerah Johor Bahru kini tinggal 34 Kes Aktif.

Tiada sebarang perubahan bagi 5 daerah lain untuk hari ini.

Tahniah kepada Daerah Mersing yang menjadi Zon Hijau pertama di Johor sejak 05 Mei lepas.

2 kluster di Johor telah diisytiharkan tamat iaitu Kluster Bandar Baru Ibrahim Majid (BBIM) dan Kluster Kilang Pasir Gudang.

RINGKASAN (22.05.2020) :

Kes Baru : 0
Kes Kumulatif : 669 (9.37 % daripada Kes Malaysia)
Kes Sembuh : 17
Kumulatif Kes Sembuh : 563 (84.16 %)
Kes Aktif : 87 (13 %)
Kes Kematian : 0
Kumulatif Kes Kematian : 19 (2.84 %) 

Zon Hijau – 72 mukim (76.6 %)
Zon Merah – 0 mukim
1 Kes Aktif – 14 mukim (14.9 %)

[ Peratusan diambil kira tambahan 2 pusat kuarantin menjadi 94 mukim.]

>1 Kes Aktif – 8 Mukim (8.5 %)