Jika anda bercadang ingin pulang beraya di kampung yang merentas negeri, anda bole melupakannya buat sementara waktu ini. Walau apa cara sekali pun sekiranya anda Berjaya lolos, anda berkemungkinan dikesan dan akan dekenakan kompaun RM1,000.
Bukan setakat itu sahaja, sekiranya anda disoal di sekatan jalanraya, dan didapati anda ingin merentasi negeri, anda bukan sahaja dikehendaki berpatah balik tetapi anda juga akan dikenakan kompaun tersebut.
Lupakanlah buat masa ini jika anda berkeinginan merentas negeri atau cuba dan Berjaya loloskan diri. Dilaporkan juga aduan boleh terimapakai oleh pihak berkuasa jika ada dari mana-mana pihak termasuk jiran anda.
Berikut adalah kenyataan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob melalui akhbat Harian Metro.
Kerajaan tidak benarkan lagi perjalanan rentas negeri dan orang ramai tidak perlu lagi ke balai polis untuk membuat permohonan.
Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, kerajaan sudah bersetuju tidak membuka peluang lagi untuk perjalanan rentas negeri.
“Mulai hari ini juga, kenderaan yang diarahkan berpatah balik ketika cuba rentas negeri akan dikompaun.
“Kita semua sedia maklum, semalam seorang perempuan positif Covid-19 akibat daripada rentas negeri.
“Oleh itu, sudah tidak ada kompromi dan tidak ada tolak ansur mengenai rentas negeri,” katanya ketika sidang media hariannya di Putrajaya hari ini.
Menurutnya, sebanyak 2,412 kenderaan diarahkan berpatah balik kerana cuba rentas negeri untuk pulang ke kampung semalam.
Katanya, minat orang ramai untuk pulang ke kampung pada Aidilfitri masih tidak berubah.
“Kita sudah nasihat, sudah beri peringatan supaya tidak melakukan rentas negeri pada perayaan Aidilfitri ini tetapi masih ada yang cuba berbuat demikian.
“Kita terima laporan seramai 1,300 orang berkumpul di IPD (Ibu Pejabat Polis Daerah) Kuantan untuk mohon rentas negeri.
“Kita sudah putuskan tiada lagi rentas negeri dan polis tidak akan memberi kebenaran lagi…tak payah lagi beratur panjang-panjang,” katanya.
Sumber : Harian Metro