Diogo Luis Santo adalah bekas bintang bola sepak kelab Buriram United dari Liga 1 Thai. Beliau menjadi penjaring terbanyak Liga 1 Thai pada 2018. Itu adalah tahun terakhir Diogo bermain untuk Buriram United sebelum berhijrah ke kelab Johor Darul Ta’zim (JDT).
Semasa beraksi bersama Buriram United, Diogo telah menjaringkan sebanyak 36 gol (2017). Penjaring terbanyak pada tahun 2018 dengan jaringan 34 gol.
Selepas pemergian Diogo, Buriram bergelut untuk mendapatkan pemain yang mempunyai kualiti sama seperti Diogo bagi mengisi jentera serangan pasukan.
Pada musim lepas (2019), tiada seorang pun pemain mereka yang berada dalam senarai 19 penyerang terbanyak Liga 1 Thai. Hanya Sarachat yang berada di tempat ke 19 dengan jaringan sebanyak 9 gol sahaja.
Menyedari kedudukan mereka yang memerlukan sangat pemain sekaliber Diogo, kelab tersebut dilaporkan akan mengambil langkah mahu mendapatkan pemain berprofil tinggi untuk memimpin jentera serangan pasukan.
Buriram United menganggap Daniel Sturridge sebagai pemain yang sesuai.
Buriram United dilaporkan sanggup menawarkan gaji bulanan yang tinggi kepada bekas penyerang Liverpool itu bagi meyakinkan pemain itu untuk beraksi di Thailand.
Menurut laporan dari thethao247.vn, Buriram bersedia untuk membayar gaji sebesar 10 Juta Bath (RM1.3 Juta) sebulan kepada pemenang itu sekiranya beliau bersetuju untuk menyertai pasukan.
Daniel Sturridge kini berstatus ejen bebas setelah kontrak beliau bersama kelab Turki, Trabzonspor tamat pada bulan lalu.
Beliau berjaya menjaringkan 7 gol ketika bersama Trabzonspor sebelum memutuskan untuk menamatkan kontrak beliau.