LAPORAN PESAKIT COVID-19 NEGERI JOHOR :

KES POSITIF BARU :

Tiada Kes Baru pada 20 Mei sehingga 12.00 Tengahari, Jumlah kumulatif kes positif di Johor sehingga kini adalah 669 kes. Kes positif di Johor merupakan 9.54 peratus daripada kes keseluruhan di peringkat negara (7,009 kes).

KES SEMBUH DAN DISCAJ :

Hari ini merekodkan 2 lagi kes discaj dan dibenar pulang. Jumlah kumulatif kes pesakit yang telah sembuh dan discaj sehingga hari ini adalah 538 kes (80.42 % darpada kes di Johor). Bertambah sebanyak 0.3 peratus hari ini. 

KES KEMATIAN :

Tiada Kes Kematian dilaporkan dan ini menjadikan jumlahnya kekal 19 kes keseluruhan. Kes Kematian tertinggi adalah dari Daerah Segamat iaitu 5 kes. 

KES AKTIF (DALAM RAWATAN) :

Kes Aktif, iaitu yang masih menerima rawatan di hospital adalah 112 kes, kurang 2 kes berbanding semalam (114 kes). Bilangan Kes Aktif paling tinggi Johor adalah di Daerah Johor Bahru sebanyak 48 kes diikuti dengan Kluang 31 kes. 

Sebanyak 2 kes, masih berada dalam ICU sejak 03 Mei .

ANTARA PERUBAHAN KES-KES DI JOHOR HARI INI :

JOHOR BAHRU :

Hanya Daerah Johor Bahru sahaja yang ada berlaku perubahan hari ini iaitu di Mukim Tebrau dan Pusat Kuarantin (import). Setiap satunya berkurangan 1 kKes Aktif. Tebrau bagaimana pun masih ada lagi 1 Kes Aktif dan 32 lagi di Pusat Kuarantin tersebut. Kes Aktif keseluruhannya bagi Daerah Johor Bahru adalah 48 Kes Aktif.

Tiada sebarang perubahan bagi 9 daerah lain untuk hari ini.

Tahniah kepada Daerah Mersing yang menjadi Zon Hijau pertama di Johor sejak 05 Mei lepas.

2 kluster di Johor telah diisytiharkan tamat iaitu Kluster Bandar Baru Ibrahim Majid (BBIM) dan Kluster Kilang Pasir Gudang.

RINGKASAN (20.05.2020) :

Kes Baru : 0
Kes Kumulatif : 669 (9.54 % daripada Kes Malaysia)
Kes Sembuh : 2
Kumulatif Kes Sembuh : 538 (80.42 %)
Kes Aktif : 112 (16.74 %)
Kes Kematian : 0
Kumulatif Kes Kematian : 19 (2.84 %) 

Zon Hijau – 68 mukim (72.34 %)
Zon Merah – 0 mukim
1 Kes Aktif – 16 mukim (17.02 %)

[ Peratusan diambil kira tambahan 2 pusat kuarantin menjadi 94 mukim.]

>1 Kes Aktif – 10 Mukim (10.63 %)

Berikut adalah laporan Kes Aktif mengikut setiap daerah dan mukim.