Perkembangan terkini Covid-19 Malaysia pada 19 Mei 2020 telah diumumkan oleh Ketua Pengarah Kementerian Kesihatan Malaysia, Datuk Noor Hisham Abdullah petang tadi pukul 4.30 petang. Laporan penuh boleh diperolehi di kpkesihatan.com .

Jabatan Kesihatan Negeri Johor juga turut selari memberikan data Covid-19 terkini sehingga pukul 12.00 tengahari tadi.

LAPORAN PESAKIT COVID-19 NEGERI JOHOR :

KES POSITIF BARU :

Terdapat 1 Kes Baru sehingga 12.00 Tengahari, 19 Mei 2020. Kes Baru itu adalah datangnya dari Pusat Kuarantin (import). Jumlah kumulatif kes positif di Johor sehingga ini adalah 669 kes. Kes positif di Johor merupakan 9.58 peratus daripada kes keseluruhan di peringkat negara (6,978 kes).

KES SEMBUH DAN DISCAJ :

Hari ini merekodkan 3 lagi kes discaj dan dibenar pulang. Jumlah kumulatif kes pesakit yang telah sembuh dan discaj sehingga hari ini adalah 536 kes (80.12 % darpada kes di Johor). Bertambah sebanyak 0.32 peratus hari ini. 

KES KEMATIAN :

Tiada Kes Kematian dilaporkan dan ini menjadikan jumlahnya kekal 19 kes keseluruhan. Kes Kematian tertinggi adalah dari Daerah Segamat iaitu 5 kes. 

KES AKTIF (DALAM RAWATAN) :

Kes Aktif, iaitu yang masih menerima rawatan di hospital adalah 114 kes, kurang 2 kes berbanding semalam (116 kes). Bilangan Kes Aktif paling tinggi Johor adalah di Daerah Johor Bahru sebanyak 50 kes diikuti dengan Kluang 31 kes. 

Sebanyak 2 kes, masih berada dalam ICU sejak 03 Mei .

ANTARA PERUBAHAN KES-KES DI JOHOR HARI INI :

1 ) KLUANG :

Terdapat pengurangan 1 Kes Aktif di Mukim Ulu Benut. Namun masih ada lagi 29 orang lagi yang belum sembuh. Kes Aktif di Daerah Kluang pula menjadi 31 Kes Aktif.

2 ) KOTA TINGGI :

Seorang dari Mukim Bandar Kota Tinggi telah sembuhdan kini Daerah Kulai hanya berbaki 7 Kes Aktif sahaja.

3 ) JOHOR BAHRU :

Terdapat 1 Kes Baru di Pusat Kuarantin (kes import) yang kini mempunyai 33 Kes Aktif. Kes Aktif keseluruhannya bagi Daerah Johor Bahru adalah 50 Kes Aktif.

Tiada sebarang perubahan bagi 7 daerah lain untuk hari ini.

Tahniah kepada Daerah Mersing yang menjadi Zon Hijau pertama di Johor sejak 05 Mei lepas.

2 kluster di Johor telah diisytiharkan tamat iaitu Kluster Bandar Baru Ibrahim Majid (BBIM) dan Kluster Kilang Pasir Gudang.

RINGKASAN (19.05.2020) :

Kes Baru : 1
Kes Kumulatif : 669 (9.58 % daripada Kes Malaysia)
Kes Sembuh : 3
Kumulatif Kes Sembuh : 536 (80.12 %)
Kes Aktif : 114 (17.04 %)
Kes Kematian : 0
Kumulatif Kes Kematian : 19 (2.84 %) 

Zon Hijau – 68 mukim (73.9 %)
Zon Merah – 0 mukim
1 Kes Aktif – 15 mukim (15.2 %)

[ Jumlah mukim sebanyak 92 tidak termasuk 2 pusat kuarantin ]

>1 Kes Aktif – 9 Mukim (9.8 %)

Kes Aktif di 2 Pusat Kuarantin – Johor Bahru (33) + Kota Tinggi (1)

Berikut adalah analisa Kes Aktif Setiap Minggu selama 3 minggu bagi setiap daerah dan mukim di Johor.