Menurut sebuah artikel (Stadium Astro) yang diterbitkan semalam, bintang muda sensasi Johor Darul Ta’zim (JDT), Safawi Rasid, bertekad memburu kejayaan lebih hebat dalam kariernya. Ia dinyatakan selepas beliau memahat sejarah selaku pemain tempatan pertama yang dinobat sebagai penjaring gol lencongan terbaik dalam saingan Liga Juara-Juara Asia (ACL).

Berdasarkan kepada undian peminat di laman sesawang rasmi Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) yang ditutup pukul 4.00 petang semalam, ledakan menarik Safawi ketika menentang kelab China, Shandong Luneng, di Pusat Sukan Olimpik Jinan, China tahun lalu berhasil mengetepikan empat calon lain.

Pencabar beliau yang terhampir adalah Mame Baba Thiam, pemain kelab Esteghlal yang 2 peratus sahaja undin di belakang Safawi (50 %).

Safawi Rasid mengucapkan terima kasih kepada semua peminat di Malaysia terutama sekali di JDT. 

“Terima kasih kepada semua peminat di Malaysia terutama di Johor Darul Ta’zim (JDT).

“Saya telah membuktikan bahawa pemain Malaysia bukannya tidak dikenali di luar negara.

“Jadi kami perlu tingkatkan keupayaan daripada segi permainan dan kecergasan.  

“Kami bukan setakat mahu bermain di tahap yang sama sahaja.

Sememangnya gaya kegemarannya Safawi adalah melarikan bola dari sebelah sayap kanan sebelum melencongkan bola dengan kaki kidalnya dari luar kotak penalti sekali gus melepasi jangkauan penjaga gol lawan. 

“Ia agak sukar untuk dilakukan sebab ketika itu saya diasak pihak lawan.

“Jadi mungkin hari itu rezeki saya sebab banyak kali juga saya berlatih melakukannya terutama di Johor.

“Jadi saya dapat lakukannya dalam perlawanan (kompetitif).”

krediy Foto : The Photoshooterz