Perkembangan terkini Covid-19 Malaysia pada 18 Mei 2020 telah diumumkan oleh Ketua Pengarah Kementerian Kesihatan Malaysia, Datuk Noor Hisham Abdullah petang tadi pukul 4.30 petang. Laporan penuh boleh diperolehi di kpkesihatan.com .
Jabatan Kesihatan Negeri Johor juga turut selari memberikan data Covid-19 terkini sehingga pukul 12.00 tengahari tadi.
LAPORAN PESAKIT COVID-19 NEGERI JOHOR :
KES POSITIF BARU :
Tiada Kes Baru di Johor hari ini. Jumlah kumulatif kes positif di Johor kekal 668 kes. Kes positif di Johor merupakan 9.62 peratus daripada kes keseluruhan di peringkat negara (6,941 kes).
Daerah yang paling tinggi kumulatif kes positif masih lagi Kluang (222 kes) diikuti dengan Johor Bahru (212 kes). Mukim Plentong di Johor Bahru sahaja mempunyai 70 kes.

KES SEMBUH DAN DISCAJ :
Hari ini merekodkan 13 lagi kes discaj dan dibenar pulang. Jumlah kumulatif kes pesakit yang telah sembuh dan discaj sehingga hari ini adalah 533 kes (79.8 % darpada kes di Johor). Bertambah sebanyak 1.96 peratus hari ini.
KES KEMATIAN :
Tiada Kes Kematian dilaporkan dan ini menjadikan jumlahnya kekal 19 kes keseluruhan. Kes Kematian tertinggi adalah dari Daerah Segamat iaitu 5 kes.
KES AKTIF (DALAM RAWATAN) :
Kes Aktif, iaitu yang masih menerima rawatan di hospital adalah 116 kes, kurang 13 kes berbanding semalam (129 kes). Ia satu perkembangan yang positif walaupun agak perlahan. Bilangan Kes Aktif paling tinggi Johor adalah di Daerah Johor Bahru sebanyak 50 kes diikuti dengan Kluang 32 kes.
Sebanyak 2 kes, masih berada dalam ICU sejak 03 Mei .
ANTARA PERUBAHAN KES-KES DI JOHOR HARI INI :
1 ) KLUANG :
3 orang lagi telah sembuh di Mukim Ulu Benut menjadikan Kes Aktif di mukim ini sebanyak 30 kes dan bagi Daerah Kluang pula menjadi 32 Kes Aktif.
2 ) KULAI :
Seorang telah sembuh di Daerah Kulai yang datangnya dari Mukim Kulai . Ini bermakna Daerah Kulai hanya berbaki 9 Kes Aktif sahaja.
3 ) MUAR :
Seorang pesakit juga telah dibenar pulang di Mukim Bandar Muar menjadikan keseluruhan Kes Aktif di Daerah Muar adalah 7 orang.
4 ) SEGAMAT :
Di Segamat pula, Mukim Sermin telah diisytihar sebagai Zon Hijau apabila hari ini seoran dari mukim itu telah dibenar pulang menjadikan Daerah Segamat tinggal 2 Kes Aktif iaitu setiap satu di Mukim Labis dan Pogoh.
5 ) TANGKAK :
Di Mukim Serom, seorang telah sembuh
6 ) JOHOR BAHRU :
Seramai 2 orang telah sembuh di Mukim Plentong. Di Mukim Pulai, 4 telah sembuh. Namun bagi Daerah Johor Bahru masih ada lagi 50 Kes Aktif.
Tiada sebarang perubahan bagi 4 daerah lain untuk hari ini.
Tahniah kepada Daerah Mersing yang menjadi Zon Hijau pertama di Johor sejak 05 Mei lepas.
2 kluster di Johor telah diisytiharkan tamat iaitu Kluster Bandar Baru Ibrahim Majid (BBIM) dan Kluster Kilang Pasir Gudang.
RINGKASAN (17.05.2020) :
Kes Baru : 0
Kes Kumulatif : 668 (9.62 % daripada Kes Malaysia)
Kes Sembuh : 13
Kumulatif Kes Sembuh : 533 (79.8 %)
Kes Aktif : 116 (16.9 %)
Kes Kematian : 0
Kumulatif Kes Kematian : 19 (2.84 %)
Zon Hijau – 68 mukim (73. %)
Zon Merah – 0 mukim
1 Kes Aktif – 13 mukim (15.2 %)
[ Jumlah mukim sebanyak 92 tidak termasuk 2 pusat kuarantin ]
>1 Kes Aktif – 11 Mukim
2 Pusat Kuarantin – Johor Bahru (33) + Kota Tinggi (1)