PERUBAHAN SELAMA 14 HARI SEHINGGA 17 MEI
KES AKTIF :
Kes Aktif pada 14 hari lepas (04 Mei) adalah sebanyak 224 kes berbanding dengan Kes Aktif pada semalam (17 April) seramai 129 kes. Ia dapat dilihat satu penurunan yang agak banyak iaitu sebanyak 95 kes yang telah dibenar keluar.
Atau lebih tepat lagi 94 pesakit telah sihat, kerana dalam jangka waktu 14 hari tersebut seorang pesakit telah meninggal dunia. Penurunan Kes Aktif sebanyak 42 peratus itu boleh dianggap satu penurunan yang tinggi.
Kini hanya seramai 129 pesakit yang masih dirawat di hospital-hospital seluruh Johor.

KES SEMBUH :
Kes Sembuh pada 27 April, 21 hari yang lepas adalah 372 kes, manakala semalam adalah 520 kes. Ini menunjukkan pertambahan sebanyak 95 Kes Sembuh. Ia menunjukkan pertambahan sebanyak 25.6 peratus.

STATUS SEHINGGA 17 MEI :
Kumulatif kes positif sehingga semalam adalah sebanyak 668 kes. 520 daripadanya Kes Sembuh dan 129 kes masih dalam rawatan.
[ BACA JUGA : COVID-19 JOHOR 17 MEI – 8 DIBENAR PULANG, 19 % MASIH DIRAWAT ]
Melihat kepada trend tersebut, sekiranya penurunan Kes Aktif dan pertambahan Kes Sembuh, kita mungkin dapat melihat satu keputusan yang baik dalam jangka masa 14 hari atau 21 hari selepas ini atau lebih awal dari itu sekiranya tiada kluster atau jangkita baru yang mendadak.
Kes Baru : 0
Kes Kumulatif : 668 (9.69 % daripada Kes Malaysia)
Kes Sembuh : 8
Kumulatif Kes Sembuh : 520 (77.84 %)
Kes Aktif : 129 (19.31 %)
Kes Kematian : 0
Kumulatif Kes Kematian : 19 (2.84 %) Zon Hijau – 67 mukim (72.8 %)
Zon Merah – 0 mukim
1 Kes Aktif – 14 mukim (15.2 %)
1 Kes Aktif – 11 Mukim
2 Pusat Kuarantin – Johor Bahru (33) + Kota Tinggi (1)