Perkembangan terkini Covid-19 Malaysia pada 17 Mei 2020 telah diumumkan oleh Ketua Pengarah Kementerian Kesihatan Malaysia, Datuk Noor Hisham Abdullah petang tadi pukul 4.30 petang. Laporan penuh boleh diperolehi di kpkesihatan.com .

Jabatan Kesihatan Negeri Johor juga turut selari memberikan data Covid-19 terkini sehingga pukul 12.00 tengahari tadi.

LAPORAN PESAKIT COVID-19 NEGERI JOHOR :

KES POSITIF BARU :

Tiada Kes Baru di Johor hari ini. Jumlah kumulatif kes positif di Johor kekal 668 kes. Kes positif di Johor merupakan 9.69 peratus daripada kes keseluruhan di peringkat negara (6,894 kes).

Daerah yang paling tinggi kumulatif kes positif masih lagi Kluang (222 kes) diikuti dengan Johor Bahru (212 kes). Mukim Plentong di Johor Bahru sahaja mempunyai 70 kes.

KES SEMBUH DAN DISCAJ :

Hari ini merekodkan 8 lagi kes discaj dan dibenar pulang. Jumlah kumulatif kes pesakit yang telah sembuh dan discaj sehingga hari ini adalah 520 kes (77.84 % darpada kes di Johor). Bertambah sebanyak 1.20 peratus hari ini. 

KES KEMATIAN :

Tiada Kes Kematian dilaporkan dan ini menjadikan jumlahnya kekal 19 kes keseluruhan. Kes Kematian tertinggi adalah dari Daerah Segamat iaitu 5 kes. 

KES AKTIF (DALAM RAWATAN) :

Kes Aktif, iaitu yang masih menerima rawatan di hospital adalah 129 kes, kurang 8 kes berbanding semalam (141 kes). Ia satu perkembangan yang positif walaupun agak perlahan. Bilangan Kes Aktif paling tinggi Johor adalah di Daerah Johor Bahru sebanyak 56 kes diikuti dengan Kluang 36 kes. 

Sebanyak 2 kes, masih berada dalam ICU sejak 03 Mei .

ANTARA PERUBAHAN KES-KES DI JOHOR HARI INI :

1 ) KLUANG :

Seorang lagi telah sembuh di Mukim Ulu Benut menjadikan Kes Aktif di mukim ini sebanyak 34 kes dan bagi Daerah Kluang pula menjadi 35 Kes Aktif.

2 ) KULAI :

3 orang telah sembuh di Daerah Kulai yang datangnya dari Mukim Senai (1) dan Mukim Kulai (2). Ini bermakna Daerah Kulai hanya berbaki 10 Kes Aktif sahaja.

3 ) MUAR :

4 orang pesakit telah dibenar pulang di Mukim Bandar Muar menjadikan keseluruhan Kes Aktif di Daerah Muar adalah 8 orang. Keempat-empat yang sembuh itu datang dari Mukim Bandar Maharani.

Tiada sebarang perubahan bagi 7 daerah lain untuk hari ini.

Tahniah kepada Daerah Mersing yang menjadi Zon Hijau pertama di Johor sejak 05 Mei lepas.

RINGKASAN (17.05.2020) :

Kes Baru : 0
Kes Kumulatif : 668 (9.69 % daripada Kes Malaysia)
Kes Sembuh : 8
Kumulatif Kes Sembuh : 520 (77.84 %)
Kes Aktif : 129 (19.31 %)
Kes Kematian : 0
Kumulatif Kes Kematian : 19 (2.84 %) 

Zon Hijau – 67 mukim (72.8 %)
Zon Merah – 0 mukim
1 Kes Aktif – 14 mukim (15.2 %)

>1 Kes Aktif – 11 Mukim

2 Pusat Kuarantin – Johor Bahru (33) + Kota Tinggi (1)