Perkembangan terkini Covid-19 Malaysia pada 15 Mei 2020 telah diumumkan oleh Ketua Pengarah Kementerian Kesihatan Malaysia, Datuk Noor Hisham Abdullah petang tadi pukul 4.30 petang. Laporan penuh boleh diperolehi di kpkesihatan.com .
Jabatan Kesihatan Negeri Johor juga turut selari memberikan data Covid-19 terkini sehingga pukul 12.00 tengahari tadi.
LAPORAN PESAKIT COVID-19 NEGERI JOHOR :
KES POSITIF BARU :
Tiada Kes Baru di Johor hari ini. Jumlah kumulatif kes positif di Johor kekal 668 kes. Kes positif di Johor merupakan 9.74 peratus daripada kes keseluruhan di peringkat negara (6,819 kes).
Daerah yang paling tinggi kumulatif kes positif masih lagi Kluang (222 kes) diikuti dengan Johor Bahru (212 kes). Mukim Plentong di Johor Bahru sahaja mempunyai 70 kes.

KES SEMBUH DAN DISCAJ :
Hari ini merekodkan 5 lagi kes discaj dan dibenar pulang. Jumlah kumulatif kes pesakit yang telah sembuh dan discaj sehingga hari ini adalah 508 kes (73.83 % darpada kes di Johor). Bertambah sebanyak 1.46 peratus hari ini.
KES KEMATIAN :
Tiada Kes Kematian dilaporkan dan ini menjadikan jumlahnya kekal 19 kes keseluruhan. Kes Kematian tertinggi adalah dari Daerah Segamat iaitu 5 kes.
KES AKTIF (DALAM RAWATAN) :
Kes Aktif, iaitu yang masih menerima rawatan di hospital adalah 141 kes, kurang 5 kes berbanding semalam (146 kes). Ia satu perkembangan yang positif walaupun agak perlahan. Bilangan Kes Aktif paling tinggi Johor adalah di Daerah Johor Bahru sebanyak 57 kes diikuti dengan Kluang 37 kes.
Sebanyak 2 kes, masih berada dalam ICU sejak 03 Mei .
ANTARA PERUBAHAN KES-KES DI JOHOR HARI INI :
1 ) BATU PAHAT :
Daerah Batu Pahat hanya tinggal 2 sahaja Kes Aktif yang masih dirawat. Kedua-duanya dari Mukim Simpang Kanan. Seorang telah dibenarkan pulang dari Mukim Sri Gading menjadikan mukim itu bersih dan zon hijau.

2 ) JOHOR BAHRU :
Berlaku sedikit perubahan di 3 mukim dalam Daerah Johor Bahru iaitu di mukim Plentong, Tebrau dan import dari Pusat Kuarantin. Masing-masing berkurangan 1 Kes Aktif atau dibenar pulang. Kes Aktif yang masih dirawat dari Johor Bahru adalah seramai 57 orang.

33 Kes Aktif Johor Bahru adalah datangnya dari Pusat Kuarantin (import).
3 ) KOTA TINGGI :
Daerah Kota Yinggi hanya tinggal 8 sahaja Kes Aktif yang masih dirawat. Seorang pesakit dari Mukim Pantai Timur telah sembuh. Jumlah Kes Aktif yang tinggal di daerah ini adalah sebanyak 8 kes iaitu dari Mukim Kota Tinggi (6), Pengerang (1) dan Pusat Kuarantin-import (1).

Tiada sebarang perubahan bagi 8 daerah lain untuk hari ini.
RINGKASAN (14.05.2020) :
Kes Baru : 0
Kes Kumulatif : 668 (9.74 % daripada Kes Malaysia)
Kes Sembuh : 5
Kumulatif Kes Sembuh : 508 (76.04 %)
Kes Aktif : 141 (21.11 %)
Kes Kematian : 0
Kumulatif Kes Kematian : 19 (2.84 %)
Zon Hijau – 66 mukim (72 %)
Zon Merah – 0 mukim
1 Kes Aktif – 15 mukim (16 %)
