Perkembangan terkini Covid-19 Malaysia pada 14 Mei 2020 telah diumumkan oleh Ketua Pengarah Kementerian Kesihatan Malaysia, Datuk Noor Hisham Abdullah petang tadi pukul 4.30 petang. Laporan penuh boleh diperolehi di kpkesihatan.com .
Jabatan Kesihatan Negeri Johor juga turut selari memberikan data Covid-19 terkini sehingga pukul 12.00 tengahari tadi.
LAPORAN PESAKIT COVID-19 NEGERI JOHOR :
KES POSITIF BARU :
Terdapat 1 Kes Baru di Johor untuk 11 hari berturut-turut tanpa Kes sejak 3 Mei lepas. Kes Baru ini datangnya dari Mukim Plentong. Jumlah kumulatif kes positif di Johor menjadi 668 kes. Kes positif di Johor merupakan 9.8 peratus daripada kes keseluruhan di peringkat negara (6,819 kes).
Daerah yang paling tinggi kes positif masih lagi Kluang (222 kes) diikuti dengan Johor Bahru (212 kes). Mukim Plentong di Johor Bahru sahaja mempunyai 70 kes.

KES SEMBUH DAN DISCAJ :
Hari ini merekodkan 3 lagi kes discaj dan dibenar pulang. Jumlah kumulatif kes pesakit yang telah sembuh dan discaj sehingga hari ini adalah 503 kes (75.29 % darpada kes di Johor). Bertambah sebanyak 0.33 peratus hari ini.
KES KEMATIAN :
Tiada Kes Kematian dilaporkan dan ini menjadikan jumlahnya kekal 19 kes keseluruhan. Kes Kematian tertinggi adalah dari Daerah Segamat iaitu 5 kes.
KES AKTIF (DALAM RAWATAN) :
Kes Aktif, iaitu yang masih menerima rawatan di hospital adalah 146 kes, kurang 2 kes berbanding semalam (148 kes). Ia satu perkembangan yang positif walaupun agak perlahan.
Sebanyak 2 kes, masih berada dalam ICU sejak 03 Mei .
ANTARA PERUBAHAN KES-KES DI JOHOR HARI INI :
1 ) KULAI :
2 orang pesakit telah dibenar pulang di Mukim Senai , menjadikan jumlah Kes Aktif di Kulai sekarang adalah 13 kes.

2 ) JOHOR BAHRU :
Satu Kes Baru telah dilaporkan di Mukim Plentong menjadikan kumulatif kes di Plentong adalah sebanyak 70 kes. Namun yang masih menerima rawatan adalah seramai 17 orang. Ini bermakna Daerah Johor Bahru mempunyai Kes Aktif sebanyak 60 kes termasuk 34 kes dari Pusat Kuarantin (Import).
8 daerah tiada berlaku sebarang perubahan itu adalah Kluang (37), Segamat (4), Tangkak (2), Muar (13), Batu Pahat (3), Pontian (5), Kota Tinggi (9) dan Mersing (0).

RINGKASAN (14.05.2020) :
Kes Baru : 1
Kes Kumulatif : 668 (9.8 % daripada Kes Malaysia)
Kes Sembuh : 3
Kumulatif Kes Sembuh : 503 (75.3 %)
Kes Aktif : 146 (21.9 %)
Kes Kematian : 0
Kumulatif Kes Kematian : 19 (2.84 %)
Zon Hijau – 64 mukim (68.56 %)
Zon Merah – 0 mukim
1 Kes Aktif – 18 mukim (19.57 %)