Sarach Yooyen merupakan seorang pemain tengah skuad kebangsaan Thailand dan sekarang ini bermain untuk pasukan Muangthong United, sebuah pasukan Liga Thailand 1. Selepas 4 perlawanan awal Liga 1 Thai, Muangthong berada di kedudukan ke 7 liga tersebut.
Pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT) pernah bertandang ke kelab tersebut pada tahun 2016 dan 2018 apabila beraksi dalam pusingan kelayakan Liga Juara-Juara AFC (ACL). JDT gagal dalam kedua-dua perlawanan tersebut.
Pemain tersebut, Sarach Yooyen bukan sahaja turut beraksi penuh masa dalam kedua-dua perlawanan tersebut, malah beliau Berjaya menyumbat 1 gol dalam setiap perlawanan tersebut. Begitulah kelincahan dan keistimewaan pemain tersebut yang turut setia bersama Muangthong United.
Sarach Yooyen baru-baru ini menegaskan beliau gembira bersama Muangthong United sejak 2014, namun tidak menolak kemungkinan sekiranya Johor Darul Ta’zim (JDT) berminat untuk mendapatkan khidmatnya.
Menurut sebuah bulletin sukan bangkokpost, Sarach dikhabarkan menjadi sasaran JDT sebelum ini bagi menggantikan ketua pasukan, Hariss Harun sekaligus mengisi kuota pemain import Asia Tenggara.

Sarach turut memuji JDT dengan menyatakan JDT merupakan salah sebuah pasukan yang mempunyai barisan pemain terbaik serta mempunyai stadium yang besar.
“Menarik kerana saya dikaitkan dengan pasukan besar seperti JDT yang mempunyai barisan pemain terbaik serta stadium yang besar. Tetapi saya gembira bersama Muangthong United.” ujar Sarach yang masih sayangkan kelabnya itu.
Sebagai seorang pemain professional, Sarach menyerahkan segalanya kepada pengurusan kelab.
“Pasa saat ini, ianya masih lagi berstatus khabar angin. Tetapi pengurusan pasukan sudah pasti akan membuat keputusan sekiranya mereka menerima tawaran.
Sarach merupakan antara pemain paling berjaya dalam pasukan kebangsaan Thailand dimana beliau memenangi dua kejuaraan Piala AFF Suzuki iaitu pada edisi 2014 dan 2016.
Selain itu, pemain berusia 27 tahun itu juga membantu Muangthong United memenangi kejuaraan liga domestik seperti saingan Thai League 1 dan Thai League Cup.
Sumber : bangkokpost.com dan twitter Muangthong United.
Kredit Foto : Changsuek