Perkembangan terkini Covid-19 Malaysia pada 13 Mei 2020 telah diumumkan oleh Ketua Pengarah Kementerian Kesihatan Malaysia, Datuk Noor Hisham Abdullah petang tadi pukul 4.30 petang. Laporan penuh boleh diperolehi di kpkesihatan.com .

Jabatan Kesihatan Negeri Johor juga turut selari memberikan data Covid-19 terkini sehingga pukul 12.00 tengahari tadi.

LAPORAN PESAKIT COVID-19 NEGERI JOHOR :

KES POSITIF BARU :

Tiada Kes Baru di Johor untuk 10 hari berturut-turut ini sejak 3 Mei lepas. Jumlah kumulatif kes positif di Johor adalah kekal  667 kes. Kes positif di Johor merupakan 9.89 peratus daripada kes keseluruhan di peringkat negara (6,779 kes).

Daerah yang paling tinggi kes positif masih lagi Kluang (222 kes) diikuti dengan Johor Bahru (211 kes). Pusat Kuarantin Johor Bahru sahaja mempunyai 44 kes.

KES SEMBUH DAN DISCAJ :

Hari ini merekodkan 3 lagi kes discaj dan dibenar pulang. Jumlah kumulatif kes pesakit yang telah sembuh dan discaj sehingga hari ini adalah 500 kes (74.96 % darpada kes di Johor). Bertambah sebanyak 0.6 peratus hari ini.

KES KEMATIAN :

1 Kes Kematian dilaporkan di Hospital Enche’ Besar Hajjah Kalsom, Kluang hari ini. Sebelum ini tiada sebarang kes ini dalam 16 hari Ini menjadikan jumlahnya seramai 19 kes keseluruhan. Kes Kematian tertinggi adalah dari Daerah Segamat iaitu 5 kes.

KES AKTIF (DALAM RAWATAN) :

** Kes Aktif, iaitu yang masih menerima rawatan di hospital adalah 148 kes, kurang 4 kes berbanding semalam (152 kes). Ia satu perkembangan yang positif walaupun agak perlahan.

Sebanyak 2 kes, masih berada dalam ICU sejak 03 Mei .

ANTARA PERUBAHAN KES-KES DI JOHOR HARI INI :

1 ) SEGAMAT :

Seorang pesakit lagi dibenar pulang di Mukim Sermin , menjadikan jumlah Kes Aktif di Segamat sekarang adalah 4 kes.

2 ) TANGKAK:

Seorang pesakit juga dibenar pulang di Mukim Tangkak, menjadikan jumlah Kes Aktif di Daerah Tangkak sekarang adalah 2 kes.

3) MUAR :

Mukim Sungai Balang hari ini telah diisytihar sebagai Zon Hijau apabila seorang pesakit dari mukim ini dibenar pulang. Daerah Muar kini berbaki 13 Kes Aktif pada hari ini.

4) KOTA TINGGI :

Mukim Johor Lama, Kota Tinggi juga hari ini dikategorikan sebagai Zon Hijau setelah seorang dibenar pulang. Daerah Kota Tinggi kini tinggal 9 pesakit yang sedang menerima rawatan.

6 daerah tiada berlaku sebarang perubahan itu adalah Kluang (37), Batu Pahat (3), Pontian (5), Kulai (15), Johor Bahru (60) dan Mersing (0).

RINGKASAN (13.05.2020) :

Kes Baru : 0
Kes Kumulatif : 667 (9.89 % daripada Kes Malaysia)
Kes Sembuh : 3
Kumulatif Kes Sembuh : 500 (74.96 %)
Kes Aktif : 148 (22.2 %)
Kes Kematian : 1
Kumulatif Kes Kematian : 19 (2.85 %)

Zon Hijau – 63 mukim (68.5 %)
Zon Merah – 0 mukim
1 Kes Aktif – 18 mukim (19.6 %)