Perkembangan terkini Covid-19 Malaysia pada 12 Mei 2020 telah diumumkan oleh Ketua Pengarah Kementerian Kesihatan Malaysia, Datuk Noor Hisham Abdullah petang tadi pukul 4.30 petang tadi. Laporan penuh kenyataan akhbar boleh diperolehi di kpkesihatan.com

Maklumat dan data berkaitan jangkitan Covid-19 terkini itu adalah sehingga pikul 12.00 tengahari tadi.

KES BAHARU (16) :

Jumlah kes baru positif pada hari ini adalah seramai 16 orang. Berkurangan 54 kes berbanding kes baru semalam (70 kes). Kes Baru pada hari ini adalah yang paling rendah sejak 13 Mac 2020.

Jumlah kumulatif kes positif yang telah dilaporkan adalah 6,742 kes. 9 hari berturut-turut kes baru di bawah paras 100 dan juga kurang daripada kes sembuh.

Grafik : Kementerian Kesihatan Malaysia

KES SEMBUH (110) :

Kes pesakit sembuh dan dibenar pulang hari ini adalah seramai 110 orang. Semalam kes sembuh adalah 88 kes.

Kumulatif kes sembuh setakat ini adalah sebanyak 5,223 kes (77.5 %).

KES AKTIF (1,410) :

Bilangan pesakit yang sembuh terus meningkat hari ini. 110 pesakit telah pulih menjadikan kes yang masih berada dalam rawatan (Kes Aktif) adalah seramai 1,410 orang.

Buat pertama kali pada hari ini Kes Aktif berada di bawah paras 1,500.

KES ICU (16) :

** Seramai 16 orang masih dirawat di ICU. 3 daripada kes ICU itu memerlukan bantuan alat pernafasan.

KES KEMATIAN (1) :

Tiada kes kematian baharu dilaporkan dalam tempoh 24 jam, menjadikannya 109 kes kematian sehingga kini. Tiada kes kematian yang melebihi dari 1 kes dalam 9 hari ini.

Rumusan :

Jumlah kes discaj baru: 110
Jumlah kumulatif discaj: 5,223 (77.5 %)

Jumlah kes baru; 16
Jumlah kumulatif: 6,742
Jumlah kes aktif: 1,410
Jumlah kematian: 0
Jumlah kumulatif kematian: 109 (1.62 %)

Jumlah kes di ICU: 16
Pesakit Intubated: 3