Perkembangan terkini Covid-19 Malaysia pada 12 Mei 2020 telah diumumkan oleh Ketua Pengarah Kementerian Kesihatan Malaysia, Datuk Noor Hisham Abdullah petang tadi pukul 4.30 petang. Laporan penuh boleh diperolehi di kpkesihatan.com .

Jabatan Kesihatan Negeri Johor juga turut selari memberikan data Covid-19 terkini sehingga pukul 12.00 tengahari tadi.

LAPORAN PESAKIT COVID-19 NEGERI JOHOR :

KES POSITIF BARU :

Tiada Kes Baru di Johor untuk 10 hari berturut-turut ini sejak 3 Mei lepas. Jumlah kumulatif kes positif di Johor adalah kekal  667 kes. Kes positif di Johor merupakan 9.89 peratus daripada kes keseluruhan di peringkat negara (6,742 kes).

Daerah yang paling tinggi kes positif masih lagi Kluang (222 kes) diikuti dengan Johor Bahru (211 kes). Pusat Kuarantin Johor Bahru sahaja mempunyai 44 kes.

KES SEMBUH DAN DISCAJ :

Hari ini merekodkan 4 lagi kes discaj dan dibenar pulang. Jumlah kumulatif kes pesakit yang telah sembuh dan discaj sehingga hari ini adalah 497 kes (74.5 % darpada kes di Johor). Bertambah sebanyak 0.6 peratus hari ini.

KES KEMATIAN :

Tiada Kes Kematian dilaporkan di Johor hari ini buat hari ke 15 berturut-turut menjadikan jumlahnya kekal 18 kes keseluruhan. Kes Kematian tertinggi adalah dari Daerah Segamat iaitu 5 kes.

KES AKTIF (DALAM RAWATAN) :

** Kes Aktif, iaitu yang masih menerima rawatan di hospital adalah 152 kes, kurang 4 kes berbanding semalam (156 kes). Ia satu perkembangan yang positif walaupun agak perlahan.

Sebanyak 2 kes, masih berada dalam ICU sejak 03 Mei .

ANTARA PERUBAHAN KES-KES DI JOHOR HARI INI :

1 ) KLUANG :

2 pesakit lagi dibenar pulang di Mukim Ulu Benut seperti semalam, menjadikan jumlah Kes Aktif di Ulu Benut sekarang adalah 35 kes. Ia menunjukkan penurunan buat hari ke 13 berturut-turut sejak Khamis lepas. 44 orang telah dibenarkan pulang dalam masa 13 lepas. Kes Aktif di Ulu Benut masih yang paling tinggi di Johor. Diikuti dengan Pusat Kuarantin Johor Bahru (34 kes). 

2) KOTA TINGGI :

Tiada lagi Kes Aktif di Mukim Ulu Sungai Johor setelah seorang telah dibenar pulang hari ini. Ini bermakna Daerah Kota Tinggi masih ada lagi 10 Kes Aktif.

3) JOHOR BAHRU :

1 Kes Aktif berkurangan di Mukim Tebrau menjadikan Daerah Johor Bahru masih ada 60 Kes Aktif. 34 Kes Aktif itu datangnya dari Pusat Kuarantin.

7 Daerah tiada berlaku sebarang perubahan itu adalah Segamat (5), Tangkak (3), Muar (14), Batu Pahat (3), Pontian (5), Kulai (15), dan Mersing (0).